Petunjuk penggunaan ICT dan persepsi masyarakat terhadap penggunaan ICT dalam kalangan usahawan wanita luar bandar

Siti Masayu Rosliah Abdul Rashid, (2016) Petunjuk penggunaan ICT dan persepsi masyarakat terhadap penggunaan ICT dalam kalangan usahawan wanita luar bandar. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (13). pp. 50-60. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
188kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/884

Abstract

Pada masa kini, kebanyakan negara dunia menjadikan ICT sebagai elemen utama dalam membangunkan ekonomi masyarakat setempat. Perkembangan ICT mula diperluaskan tidak hanya terhad di kawasan bandar, malah ianyamenjadi tumpuan di kawasan luar bandar. Inisiatif kerajaan memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) merupakan platform terbaik untuk kaum wanita dalam merebut peluang perniagaan dengan menggunakan teknologi untuk memasarkan produk mereka. Melalui ICT, wanita perlu mencari peluang bagi memanfaatkan sains dan teknologi supaya lebih berdaya saing dan tidak terpinggir dalam arus pembangunan. Kajian akan mengkaji sejauh mana penggunaan ICT dalam kalangan masyarakat luar bandar serta menilai persepsi masyarakat luar bandar terhadap penggunaan ICT. Kajian akan menggunakan beberapa petunjuk yang telah dikenal pasti bagi mengukur sejauh mana tahap penggunaan ICT dalam kalangan responden. Seramai 202 responden terdiri daripada wanita luar bandar yang menjalankan aktiviti perniagaan telah terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan 92 peratus daripada mereka menggunakan peralatan ICT dalam menjalankan aktiviti perniagaan dan aktiviti seharian mereka. Berdasarkan petunjuk penggunaan ICT jelas memperlihatkan bahawa ICT telah mula diterima oleh masyarakat di luar bandar.

Item Type:Article
Keywords:Penggunaan ICT; Luar bandar; Usahawan wanita; Petunjuk penggunaan ICT; Persepsi masyarakat
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:11402
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Feb 2018 04:35
Last Modified:20 Feb 2018 09:41

Repository Staff Only: item control page