Potensi di luar tempurung : halatuju digitalisasi sejarah di Malaysia

Shakila Yacob, and Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, and Rosilawati Zainol, (2016) Potensi di luar tempurung : halatuju digitalisasi sejarah di Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (13). pp. 61-73. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
252kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/884

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mendedahkan kepada tenaga pengajar tentang pendigitalan sejarah dan aplikasi disiplin baru ini dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah Malaysia. Kajian ini merujuk kepada perkembangan di negara Barat di mana aplikasi digital dan pendekatan pelbagai disiplin telah digunakan untuk memperkasakan bidang sejarah. Komponen utama dalam pendekatan ini adalah disiplin sejarah dan salah satu disiplin pelengkap adalah bidang geografi. Sistem maklumat geografi dan aplikasi sistem maklumat geografi berasaskan internet atau dikenali sebagai Web-based Geographic Information System (web-based GIS) merupakan antara aplikasi yang disarankan dalam projek digitalisasi sejarah atau pendigitalan sejarah. Hasil kajian menunjukkan betapa pentingnya tenaga pengajar di Malaysia menggunakan pendekatan sejarah yang inovatif agar dapat memenuhi kehendak generasi Y yang celik komputer dan inginkan pembaharuan yang menarik dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah. Justeru itu, kajian ini mendedahkan tenaga pengajar kepada pendekatan baharu dan ia penting dalam usaha menarik minat pelajar terhadap ilmu sejarah serta menghargai kerelevenan sejarah dalam kehidupan seharian. Pendekatan baharu ini juga dapat memperkasakan ilmu sejarah dengan melibatkan kerjasama kerajaan dan swasta dalam projek digitalisasi yang dibangunkan.

Item Type:Article
Keywords:Digitalisasi sejarah atau pendigitalan sejarah; Media baharu; Sistem maklumat Geografi; Geographic Information System (GIS); Malaysia
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:11403
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Feb 2018 04:50
Last Modified:20 Feb 2018 12:32

Repository Staff Only: item control page