Pusat pentadbiran Putrajaya sebagai destinasi pelancongan : satu analisis SWOT produk pelancongan

Nur Amirah Kamarus Zaman, and Habibah Ahmad, and Er, Ah Choy and Nur Atiqah Kamarus Zaman, and Hamzah Jusoh, (2016) Pusat pentadbiran Putrajaya sebagai destinasi pelancongan : satu analisis SWOT produk pelancongan. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (13). pp. 74-84. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
329kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/884

Abstract

Putrajaya sebagai pusat pentadbiran Malaysia mempunyai potensi yang besar untuk menjadi salah sebuah destinasi pelancongan. Kepelbagaian produk pelancongan sedia ada telah menjadi tulang belakang kepada kejayaan Putrajaya dalam peta pelancongan domestik dan antarabangsa. Kajian ini bertujuan untuk melihat bagaimana Putrajaya mengekalkan aliran kedatangan pelancong yang berterusan melalui tarikan produk pelancongannya. Analisis SWOT terhadap produk pelancongan iaitu Sukan dan Rekreasi, Mesyuarat, Insentif, Persidangan, Pameran (MICE), Persekitaran Semula jadi, Persekitaran Bangunan Buatan Manusia, Kebudayaan dan Warisan, Makanan dan Pusat Membeli-belah serta Perubatan dan Kesihatan telah dilakukan untuk mengenal pasti aspek kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang dihadapi oleh Putrajaya sebagai destinasi pelancongan. Hasil kajian mendapati produk pelancongan Putrajaya mempunyai keunikannya yang tersendiri dalam menarik kedatangan pelancong iaitu dari segi reka bentuk bangunan dan jambatan, keindahan landskap taman dan tasik serta memberi kesan yang memuaskan kepada pelancong. Walau bagaimanapun terdapat juga ancaman dan kelemahan yang perlu diatasi kerana terlalu banyak produk pelancongan diperkenalkan sehingga menyebabkan Putrajaya tidak mempunyai satu produk utama yang khusus untuk memperkenalkan Putrajaya secara keseluruhan atau mutlak.

Item Type:Article
Keywords:Analisis SWOT; Destinasi pelancongan; Imej destinasi; Pelancong; Produk pelancongan; Pusat pentadbiran
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:11404
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Feb 2018 06:21
Last Modified:20 Feb 2018 12:34

Repository Staff Only: item control page