Pencirian pelancong belia dalam pelancongan acara semasa Tahun Melawat Malaysia 2014

Zurina Ahmad Saidi, and Habibah Ahmad, and Hamzah Jusoh, and Fatin Umaira Mohamad Azian, (2016) Pencirian pelancong belia dalam pelancongan acara semasa Tahun Melawat Malaysia 2014. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (13). pp. 107-119. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
184kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/884

Abstract

Pelancongan acara merupakan pendekatan yang lebih bersepadu dalam perancangan dan pelaksanaan bagi memastikan pembangunan pelancongan semakin mampan. Dengan adanya penekanan tersebut, ia dapat mengekalkan dan meningkatkan aset pelancongan di samping mengggalakkan segmen pelancongan acara terutamanya dalam kalangan pelancong belia. Kajian ini memfokuskan pola pelancongan acara dalam kalangan pelancong belia yang membawa kepada kesedaran dan dorongan dalam kalangan pelancong belia dalam penglibatan aktiviti perlancongan berbentuk acara. Data untuk kajian ini dikumpulkan melalui edaran borang kaji selidik di UKM, Putrajaya dan MAEPS, Serdang. Hasil kajian menunjukkan pola pelancongan belia lebih teratur, mempunyai segmen, tersusun dan sistematik serta mempunyai perancangan dan perlaksanaan yang telus. Namun begitu, pola pelancongan pelancong belia tidak mempunyai perbezaan yang ketara dengan backpacker mahupun pelancongan keluarga. Kebanyakan daripada pelancong belia memilih untuk meneroka tempat baru, berseronok sambil membeli-belah serta berbelanja sewaktu melancong mengikut peruntukan perbelanjaan yang disenaraikan. Oleh itu, kajian ini mencadangkan pihak berkepentingan untuk mengkaji semula pulangan dan kesan positif yang diberikan oleh pelancong belia kepada sektor pelancongan acara negara kerana masih terdapat kekurangan dalam menyokong pertumbuhan segmen pelancong belia.

Item Type:Article
Keywords:Pelancongan acara; Pelancong belia; Pola pelancongan; Malaysia
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:11406
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Feb 2018 06:56
Last Modified:20 Feb 2018 12:36

Repository Staff Only: item control page