Hakisan tanih dan masalah sedimen di Alur Ilmu, UKM

Mokhtar Jaafar, and Hafizi Mat Salleh, (2016) Hakisan tanih dan masalah sedimen di Alur Ilmu, UKM. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (13). pp. 145-156. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
860kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/884

Abstract

Masalah bahan mendak terutama sedimen terampai adalah salah satu daripada punca pencemaran yang berlaku dalam aliran Alur Ilmu, UKM. Salah satu penyumbang kepada muatan sedimen terampai dalam Alur Ilmu adalah proses hakisan tanih. Sehubungan itu kajian dilakukan bagi menganggar hasilan sedimen dalam aliran Alur Ilmu melalui proses hakisan tanih jangka pendek di bahagian hulu lembangan Alur Ilmu. Teknik radionuklid berilium-7 digunakan bagi menganggar kadar hakisan tanih melalui model profil taburan tanih. Manakala penjanaan sedimen terampai ditentukan berdasarkan data muatan sedimen terampai dan hakisan tanih berdasarkan peristiwa hujan semasa. Hasil kajian mendapati kadar anggaran bersih hakisan tanih adalah 42.1 t ha-1 dan nisbah hasilan sedimen adalah 0.683 peratus. Ini menghasilkan sekurang-kurangnya 36.23 t km-2 sedimen terampai daripada sesuatu peristiwa hujan semasa dan proses hakisan tanih. Jumlah hasilan sedimen terampai ini adalah tinggi bagi lembangan Alur Ilmu yang hanya bersaiz kecil. Sehubungan itu, usaha mitigasi harus pertimbangan sewajarnya pada kejadian proses hakisan tanih yang berlaku di bahagian hulu lembangan Alur Ilmu. Ini termasuk memulihara cerun musnah akibat daripada hakisan galur, dan menambah kepadatan tumbuhan di permukaan landskap sedia ada.

Item Type:Article
Keywords:Alur Ilmu; Berilium-7; Geografi; Hakisan tanih; Radionuklid; Sedimen
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:11409
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Feb 2018 08:11
Last Modified:20 Feb 2018 12:40

Repository Staff Only: item control page