Kempen kesedaran kesihatan awam: satu tinjauan literatur dari sudut penggunaan media dan komunikasi di Malaysia

Mohamad Hafifi Jamri, and Nurzali Ismail, and Jamilah Hj. Ahmad, and Darshan Singh, (2017) Kempen kesedaran kesihatan awam: satu tinjauan literatur dari sudut penggunaan media dan komunikasi di Malaysia. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 33 (3). pp. 1-20. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
412kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1002

Abstract

Media dan komunikasi boleh digunakan sebagai satu medium yang berkesan dalam penyebaran maklumat tentang isu kesihatan awam. Kajian tentang konteks dan penggunaan media dan komunikasi sebagai satu intervensi pencegahan mengenai kempen kesedaran kesihatan awam dirujuk masih terhad. Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau penggunaan media dan komunikasi dalam kempen kesedaran kesihatan awam di Malaysia. Kajian yang dijalankan ini menggunakan pendekatan mixed methods research synthesis. Pangkalan data seperti ScienceDirect, Scopus dan Google Scholar diakses bagi pencarian sampel iaitu manuskrip jurnal yang berkaitan dengan kajian ini. Kata kunci seperti “media and communication” dan “public health” telah digunakan untuk mencari manuskrip jurnal yang diterbitkan dari tahun 2010 hingga 2015. Sejumlah 80 manuskrip jurnal ditemui, hanya 28 manuskrip jurnal dipilih berdasarkan kepada kesesuaian skop kajian. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa media dan komunikasi dapat digunakan sebagai satu intervensi berkesan dalam; (1) menyampaikan maklumat kepada masyarakat tentang isu-isu kesihatan awam; (2) memupuk dan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang pelbagai kesan masalah kesihatan awam; dan juga (3) mendidik sekaligus mengubah minda, persepsi, sikap serta tingkah laku masyarakat terhadap isu-isu kesihatan awam. Media dan komunikasi boleh digunakan sebagai satu intervensi untuk membentuk kesedaran tentang isu kesihatan awam. Dalam usaha mengurangkan masalah kesihatan awam seperti bahaya penyalahgunaan dadah serta kesan-kesan sampingannya, penggunaan saluran media dan komunikasi yang sesuai dilihat dapat membantu meningkatkan kesedaran masyarakat.

Item Type:Article
Keywords:Media; Komunikasi; Kempen; Kesihatan awam; Malaysia
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:11410
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Feb 2018 01:38
Last Modified:23 Feb 2018 10:26

Repository Staff Only: item control page