Penggunaan internet dalam kalangan usahawan wanita: akses, kemahiran dan motivasi

Faradillah Iqmar Omar, and Samsudin Abd. Rahim, and Nur Ajeerah Othman, (2017) Penggunaan internet dalam kalangan usahawan wanita: akses, kemahiran dan motivasi. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 33 (3). pp. 21-36. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
529kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1002

Abstract

Kemajuan Internet telah membawa peluang-peluang baru untuk perkongsian dan pengumpulan pengetahuan dalam masyarakat. Internet boleh menyediakan peluang tanpa batasan untuk pembangunan ekonomi dan penglibatan sosial melalui alat dan pemikiran inovatif baru. Kajian ini bertujuan untuk meninjau penggunaan Internet dalam kalangan usahawan wanita, sesuai dengan fenomena perniagaan dalam talian yang memuncak masa kini. Usahawan wanita dalam kajian ini merujuk kepada mereka yang mempunyai misi dan visi sebagai usahawan berjaya dengan menjadikan Internet sebagai medium utama yang menggerakkan perniagaan mereka. Objektif kajian adalah untuk mengetahui pola penggunaan Internet dalam kalangan usahawan wanita dengan dimensi-dimensi yang telah dikenal pasti. Kaedah kuantitatif secara tinjauan telah dilakukan terhadap 402 orang usahawan wanita yang menjalankan perniagaan secara dalam talian (online). Dua kaedah tinjauan digunakan iaitu secara temu bual bersemuka dan secara pengisian dalam talian. Kajian ini juga mentakrifkan penggunaan Internet sebagai keupayaan dan pengalaman responden dari aspek kekerapan mengakses aplikasi Internet, kemahiran menggunakan Internet dan motivasi responden dalam menggunakan Internet juga turut dikenal pasti. Hasil dapatan menunjukkan bahawa aplikasi yang sering diakses dan digunakan adalah aplikasi yang menjadi perhatian ramai seperti WhatsApp, Facebook dan Instagram. Responden juga mempunyai kemahiran dan bermotivasi menggunakan Internet dalam kadar yang tinggi. Jelas, ini menunjukkan bahawa usahawan wanita sangat bergantung kepada penggunaan Internet dalam urusan perniagaan mereka dengan tahap kemahiran dan motivasi yang tinggi.

Item Type:Article
Keywords:Penggunaan Internet; Kemahiran; Motivasi; Usahawan; Wanita moden
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:11411
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Feb 2018 01:47
Last Modified:23 Feb 2018 10:28

Repository Staff Only: item control page