Susuk, wanita dan abjection dalam filem seram kontemporari Melayu

Azlina Asaari, and Jamaluddin Aziz, and Sabariah Mohamed Salleh, (2017) Susuk, wanita dan abjection dalam filem seram kontemporari Melayu. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 33 (3). pp. 70-88. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
496kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1002

Abstract

Filem seram kontemporari Melayu menggunakan susuk sebagai satu elemen seram. Disebabkan populariti penggunaan susuk ini di kalangan masyarakat Melayu, pengamalan pemakaian susuk ini telah diangkat sebagai salah satu subjek dalam naratif filem-filem seram kontemporari Melayu. Susuk didefinisikan sebagai bendasing yang dimasukkan ke dalam tubuh badan sama ada dengan menggunakan mantera dan bagi pelbagai tujuan. Pelbagai kajian telah dibuat berkenaan watak wanita dalam filem seram di Malaysia, namun masih kurang yang menekankan kepada hubungan watak wanita dan susuk. Justeru, artikel ini meneliti watak wanita dan susuk dalam dua filem seram kontemporari Melayu iaitu filem Susuk (2008) arahan Amir Muhammad dan Naeim Ghalili dan filem Sumpahan Kum Kum (2012) arahan Ismail Bob Hashim. Dengan menggunakan konsep abjection dari teori psikoanalisis feminisme yang diketengahkan oleh Julia Kristeva (1982), kaedah analisis tekstual diguna pakai untuk mencari makna dan ideologi yang lahir dari pembinaan hubungan antara wanita, susuk dan genre filem seram. Analisis dibahagikan kepada dua iaitu watak dan perwatakan dan teknik perfileman. Analisis mendapati kedua-dua filem ini mampu mencabar ideologi patriarki yang menetapkan semua perkara di dalam dunia ini adalah stabil dan perlu distabilkan. Maka dengan adanya susuk, ia memberi ruang kepada wanita untuk mengganggu-gugat kestabilan sistem patriaki ini. Susuk dan watak wanita dalam filem-filem seram ini membuktikan bahawa ideologi dominan patriarki tidak sestabil seperti yang dikatakan.

Item Type:Article
Keywords:Susuk; Sumpahan Kum Kum; Patriaki; Psikoanalisis feminisme; Abjection
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:11414
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Feb 2018 03:57
Last Modified:23 Feb 2018 10:33

Repository Staff Only: item control page