Keberkesanan pelaksanaan dasar awam di kawasan Dewan Undangan Negeri (N24) Semenyih, Selangor: suatu pemerhatian terhadap pandangan pengundi Melayu

Junaidi Awang Besar, (2017) Keberkesanan pelaksanaan dasar awam di kawasan Dewan Undangan Negeri (N24) Semenyih, Selangor: suatu pemerhatian terhadap pandangan pengundi Melayu. Jurnal Melayu, 16 (2). pp. 131-148. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
896kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1028

Abstract

Artikel ini bertujuan untuk menganalisis pandangan pengundi Melayu terhadap dasar awam iaitu sama ada dasar Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N24 Semenyih, Selangor merupakan bahagian pilihan raya DUN yang dikuasai oleh Barisan Nasional sejak Pilihan Raya Umum pertama hingga kini. Kawasan ini mempunyai komposisi etnik campuran namun etnik Melayu adalah etnik majoriti di kawasan ini dan mengalami pertambahan pemilih setiap tahun. Dari sudut geografi pilihan raya, DUN Semenyih mempunyai lokasi geografi yang merangkumi bandar/pekan, luar bandar/kampung, perkampungan tradisi Melayu dan Cina, taman perumahan, perumahan moden dan estet India. Kajian ini telah menggunakan kaedah soal selidik terhadap 100 orang responden dalam kawasan DUN Semenyih dan kaedah kepustakaan. Dapatan kajian mendapati responden Melayu bersetuju dengan dasar awam yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor. Mereka bersikap positif terhadap sebarang dasar yang bermanfaat untuk rakyat tanpa mengira fahaman politik. Justeru, pihak berkuasa perlu konsisten dalam melaksanakan polisi sosioekonomi yang baik demi menjaga kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat.

Item Type:Article
Keywords:Pilihan raya; Kawasan; Etnik Melayu; Geografi pilihan raya; Dasar awam
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:11425
Deposited By: ms aida -
Deposited On:01 Mar 2018 01:50
Last Modified:04 Mar 2018 14:41

Repository Staff Only: item control page