Analisis lakuan bahasa direktif guru pelatih dalam komunikasi di bilik darjah

Zanariah Ibrahim, and Maslida Yusof, and Karim Harun, (2017) Analisis lakuan bahasa direktif guru pelatih dalam komunikasi di bilik darjah. Jurnal Melayu, 16 (2). pp. 163-178. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
312kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1028

Abstract

Sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, pelbagai lakuan bahasa digunakan oleh guru pelatih untuk menyampaikan isi pelajaran. Antara lakuan bahasa yang kerap digunakan dalam kalangan guru pelatih sewaktu mengajar ialah lakuan bahasa direktif. Lakuan bahasa direktif ialah ujaran yang digunakan membuat si pendengar melakukan sesuatu. Sehubungan itu, kajian ini meneliti bentuk lakuan bahasa direktif guru pelatih Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dalam komunikasi di bilik darjah sewaktu mengajar matapelajaran Bahasa Melayu. Kajian secara kualitatif ini menggunakan teknik rakaman melibatkan tiga orang guru pelatih tahun akhir IPGM sebagai responden kajian. Ujaran lakuan bahasa direktif telah ditranskripsikan secara verbatim dan dianalisis menggunakan teori lakuan pertuturan dan komunikasi oleh Bach dan Harnish (1979). Kajian menunjukkan ujaran direktif responden terdiri daripada subkategori lakuan bahasa direktif permintaan, pertanyaan, keperluan, larangan, permisif dan nasihat. Kajian ini juga mendapati, dalam subkategori lakuan bahasa direktif, ujaran direktif berbentuk keperluan yang terdiri daripada ayat suruhan paling kerap diujarkan oleh guru pelatih. Hal ini kerana direktif keperluan dapat menyerlahkan kewibawaan dan ketegasan si penutur kepada pihak pendengar. Kesimpulannya, kajian menunjukkan bahawa guru pelatih IPGM mempunyai kecekapan pragmatik dalam komunikasi di bilik darjah terutama sewaktu memberikan arahan kepada murid.

Item Type:Article
Keywords:Lakuan ahasa direktif; Guru pelatih; Pengajaran Bahasa Melayu; Kecekapan pragmatik
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:11427
Deposited By: ms aida -
Deposited On:01 Mar 2018 02:55
Last Modified:04 Mar 2018 14:43

Repository Staff Only: item control page