Nur Afifah Vanitha Abdullah, (2017) Sorotan literatur bangsawan di Malaysia 1960-2017. Jurnal Melayu, 16 (2). pp. 179-190. ISSN 1675-7513
|
PDF
319kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1028
Abstract
Bangsawan adalah sebuah bentuk seni persembahan Melayu yang unik. Tunjang teater ini adalah wayang Parsi dan dibawa masuk ke Pulau Pinang oleh para saudagar dari Gujerat, India sekitar tahun 1870-an. Teater ini adalah teater komersial Melayu yang pertama, dan bersifat transisi dengan gabungan elemen teater tradisional dan moden. Teater ini berumur hampir 130 tahun dan telah mengalami beberapa perubahan serta adaptasi sejak 1890-an selari dengan konteks lokasi, politik dan sosialnya. Setakat ini beberapa kajian tentang bangsawan telah dilaksanakan dalam konteks bidang sains sosial dan seni persembahan di peringkat sarjana dan doktor falsafah yang tertumpu di Tanah Melayu dan Singapura, serta Sarawak. Sejak penulisan ilmiah pertama oleh Rahmah Bujang pada 1975 tentang sejarah teater bangsawan di Tanah Melayu dan Singapura, teater ini telah dikaji dan didokumentasi dari pelbagai aspek selepas itu. Sehubungan itu, artikel ini bertujuan menjawab persoalan, ‘apakah korpus ilmu tentang tentang bangsawan di Malaysia setakat tahun 2017?’ Dapatan artikel ini adalah, secara umum penulisan lepas tentang bangsawan telah mencakupi pelbagai topik setakat 2017. Penulisan-penulisan lepas yang sedia-ada dapat dibahagikan kepada dua kategori, iaitu mengikut skop lokasi kajian. Yang pertama, merakamkan pelbagai aspek teater bangsawan di Tanah Melayu dan Singapura, manakala yang keduanya pula tentang persembahan bangsawan di Sarawak. Penulisan-penulisan lepas ini membincangkan pelbagai aspek tentang bangsawan termasuk sejarah dan perkembangan, lakonan, konvensi teater, muzik, proses persembahannya serta usaha intervensi teknologi untuk memulihara teater ini.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Bangsawan; Korpus ilmu; Melayu; Seni persembahan; Teater |
Journal: | Jurnal Melayu |
ID Code: | 11428 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 01 Mar 2018 03:11 |
Last Modified: | 04 Mar 2018 14:44 |
Repository Staff Only: item control page