“Wanita tiga serangkai” dalam Syair Sultan Abdul Muluk melalui kritik feminis showalter

Nor Suhada Roslan, and Shaiful Bahri Md Radzi, (2017) “Wanita tiga serangkai” dalam Syair Sultan Abdul Muluk melalui kritik feminis showalter. Jurnal Melayu, 16 (2). pp. 191-216. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
805kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1028

Abstract

Makalah ini membincangkan “wanita tiga serangkai” iaitu Siti Rahmah, Siti Rafeah dan Siti Rahah yang dirakamkan dalam Syair Sultan Abdul Muluk. Wanita secara fitrahnya sebagai anak, isteri dan ibu yang menjalankan urusan dalam rumah tangga dan menjadi tulang belakang kepada suaminya. Pada abad ke-19, Raja Ali Haji telah membicarakan berkaitan dengan wanita menerusi Syair Sultan Abdul Muluk. Wanita tiga serangkai dirakamkan oleh Raja Ali Haji dengan identiti dan perilaku yang berbeza antara satu sama lain. Pengarang melakarkan kehidupan wanita tiga serangkai yang bermadu hidup dalam keadaan aman damai tanpa adanya sifat cemburu dan dendam antara mereka. Oleh yang demikian, makalah ini cuba memperlihatkan bagaimana lakaran watak wanita oleh pengarang lelaki dalam karyanya. Kajian ini difokuskan kepada Syair Sultan Abdul Muluk karya Raja Ali Haji. Metodologi kajian adalah menggunakan kaedah kepustakaan dan analisis teks. Teori kritik feminis Showalter digunakan sebagai sandaran untuk meneliti “wanita tiga serangkai” dalam Syair Sultan Abdul Muluk. Hasil kajian telah menemukan bahawa wanita tiga serangkai yang diungkapkan oleh pengarang lelaki berlebih-lebihan dan janggal menurut kaca mata wanita. Wanita diberikan identiti dan perlakuan sesama mereka sangat ketara perbezaannya dalam memenuhi kehendak pengarang. Kasih sayang “wanita tiga serangkai” pada mata pena pengarang lelaki juga amat janggal pada kaca mata wanita.

Item Type:Article
Keywords:Identiti; Perilaku; Raja Ali Haji; Syair Sultan Abdul Muluk; Wanita
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:11429
Deposited By: ms aida -
Deposited On:01 Mar 2018 03:19
Last Modified:04 Mar 2018 14:46

Repository Staff Only: item control page