Tari dalam teater: analisis perbandingan konsep koreografi dalam dua teater muzikal Melayu

Sharip Zainal Sagkif Shek, and Rohani Md.Yousof, and Zairul Anuar Md.Dawam, (2017) Tari dalam teater: analisis perbandingan konsep koreografi dalam dua teater muzikal Melayu. Jurnal Melayu, 16 (2). pp. 217-234. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
881kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1028

Abstract

Teater Muzikal adalah sebuah bentuk persembahan pentas yang menggabungkan beberapa elemen seperti lakonan, tarian, nyanyian, muzik, gerak, set dan prop. Asal usul teater muzikal adalah daripada teater barat. Teater muzikal juga adalah sebuah teater komersial yang bersifat hiburan, ia mengisahkan cerita-cerita baru atau lama, dan menampilkan artis-artis popular dalam pementasannya. Artikel ini bertujuan membandingkan konsep koreografi dalam dua buah teater muzikal Melayu terpilih iaitu Teater Muzikal Ibu Zain (2008) dan Teater Muzikal Tun Abdul Razak (2008). Perbandingan ini juga merujuk kepada teori dan konsep koreografi, analisis bentuk gerak dan pergerakan, rekacipta dan pola lantai yang terdapat dalam kedua-dua buah teater muzikal tersebut. Perbincangan dalam artikel ini meliputi bentuk dan konsep koreografi dalam kedua-dua teater muzikal terpilih. Sehubungan itu, analisis data bagi artikel ini bersandarkan kepada teori dan terminologi tari dalam koreografi yang menganalisa konsep koreografi dalam pementasan Teater Muzikal Ibu Zain dan Teater Muzikal Tun Abdul Razak. Artikel ini turut membincangkan konsep tarian dalam konteks ciri dan fungsi tari Melayu dalam pementasan kedua-dua teater muzikal tersebut. Sumbangan artikel ini adalah pengaplikasian teori dan konsep koreografi sebagai alat analisis untuk meneliti teater muzikal Melayu. Ia juga turut menyumbang sebagai panduan dan cadangan bagi kajian perbandingan koreografi dalam tarian dan teater secara umum, khususnya teater muzikal Melayu.

Item Type:Article
Keywords:Analisis perbandingan; Koreografi; Pola lantai; Tarian; Teater muzikal
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:11430
Deposited By: ms aida -
Deposited On:01 Mar 2018 03:30
Last Modified:04 Mar 2018 14:48

Repository Staff Only: item control page