A. Halim Ali, and Norazimah Zakaria, and Ariff Mohamad, (2017) Gambaran budaya masyarakat Brunei dalam kumpulan puisi Diam-Diam karya K. Manis. Jurnal Melayu, 16 (2). pp. 235-255. ISSN 1675-7513
|
PDF
467kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1028
Abstract
Kajian ini merupakan sebuah kajian kepustakaan yang bertujuan mengenal pasti dan membincangkan gambaran budaya masyarakat Brunei dalam kumpulan puisi Diam-Diam (2010) karya K. Manis. Kumpulan ini mengandungi 73 buah sajak. Data kepustakaan dianalisis dengan memanfaatkan kaedah analisis kandungan bersandarkan konsep budaya yang dikemukakan Edward B. Tylor (1974) dan juga yang diajukan oleh A. Aziz Deraman (2005). Hasil analisis mendapati enam gambaran budaya masyarakat Brunei yang diangkat penyair. Enam gambaran budaya masyarakat itu adalah yang bergantung hidup pada sumber pertanian, masyarakat yang berhadapan dengan musibah, gambaran akan adat orang Besar-Besar, gambaran budaya berbudi pada tanah, gambaran budaya warga bernegara dan gambaran perubahan budaya. Enam gambaran itu dapat dikelompokkan kepada tiga aspek kehidupan masyarakat iaitu pertanian, alam sekitar dan hidup bernegara. Dapatan kajian juga merumuskan tiada gambaran budaya yang berkait dengan aspek perdagangan antarabangsa, petroleum, politik dan pendidikan, walhal kegiatan-kegiatan ini merupakan teras kemajuan dan pembinaan masyarakat bernegara di Brunei. Berdasarkan dapatan ini, beberapa cadangan wajar diambil perhatian khususnya kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka Negara Brunei Darussalam. Antaranya usul supaya dilaksanakan kajian lanjut tentang budaya masyarakat Brunei yang juga perlu diperluaskan kepada kumpulan-kumpulan puisi penyair dan genre-genre lain yang melibatkan prosa tradisional dan moden. Ia pasti sahaja memberikan sumbangan besar kepada khazanah kesusasteraan Brunei mahupun kesusasteraan Melayu Nusantara.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Diam-diam; Kajian budaya; K. Manis; Puisi Melayu; Sastera Brunei |
Journal: | Jurnal Melayu |
ID Code: | 11431 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 01 Mar 2018 03:35 |
Last Modified: | 04 Mar 2018 14:49 |
Repository Staff Only: item control page