Noor Aziah Abdullah, and Wan Amizah Wan Mahmud, and Mohd Nor Shahizan Ali, (2016) “Banteras Filem Cetak Rompak”: saranan pemantapan penguatkuasaan. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 11 (1). pp. 18-31. ISSN 1823-884X
|
PDF
149kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/809
Abstract
Aktiviti filem cetak rompak tidak memberi sebarang kesan persepsi kepada masyarakat negara ini. Dengan perkataan lain, aktiviti menjual, mencetak, membeli dan memiliki filem cetak rompak tidak memberi sebarang kegerunan emosi dan makin diterima sebagai budaya kepada masyarakat negara ini. Apabila memperkatakan tentang isu Harta Intelek, perkataan sinonim yang berkaitan dengannya adalah cetak rompak. Oleh kerana filem merupakan salah satu dari kategori hasil karya sastera dan seni yang dilindungi di bawah Harta Intelek, maka makalah ini akan membincangkan kaedah pembanterasan fenomena filem cetak rompak bagi melindungi Harta Intelek ini. Oleh itu, dengan menggunakan kaedah temu bual mendalam bersama para informan yang terdiri dari mereka yang terlibat secara langsung dalam industri ini, maka dapatan temu bual mendapati bahawa Literasi media memainkan peranan yang dominan dalam pelaksanaan pembanterasan aktiviti ini di kalangan masyarakat. Tidak ketinggalan saranan lain seperti penambahbaikan akta, peningkatan penguatkuasaan, peranan pihak industri, dan penglibatan penggiat seni dalam penggubalan dasar dan perundangan berupaya menyumbang kepada pemantapan penguatkuasaan terhadap fenomena filem cetak rompak di negara ini.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Harta intelek; Filem cetak rompak; Literasi media; Akta dan penguatkuasaan; Temubual mendalam |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 11434 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 07 Mar 2018 01:08 |
Last Modified: | 10 Mar 2018 01:21 |
Repository Staff Only: item control page