Privasi dan keselamatan maklumat dalam kalangan pengguna instagram ketika membeli produk secara dalam talian

Nurul Madiha Mohd Ilham, and Mohd Azul Mohamad Salleh, (2016) Privasi dan keselamatan maklumat dalam kalangan pengguna instagram ketika membeli produk secara dalam talian. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 11 (1). pp. 32-44. ISSN 1823-884X

[img]
Preview
PDF
208kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/809

Abstract

Perkembangan aplikasi media sosial telah mengubah masyarakat untuk lebih terbuka dari segi komunikasi dan penggunaan teknologi komunikasi. Media sosial membolehkan pengguna mengakses maklumat dalam kehidupan seharian. Media sosial juga menjadi platform untuk para peniaga mempromosi, menjual produk dan berinteraksi dengan pengguna lain. Artikel ini membincangkan privasi dan keselamatan maklumat dalam kalangan pengguna Instagram ketika membeli secara dalam talian. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu secara soal selidik yang diedarkan kepada 200 orang responden berbangsa Melayu di Lembah Klang. Kajian mendapati pengguna menggunakan Instagram untuk mendapatkan maklumat ketika proses pembelian produk. Selain itu, kajian juga menunjukkan pengguna mempunyai kesedaran serta pengetahuan mengenai privasi dan keselamatan maklumat. Namun begitu pengguna tidak risau untuk terus membeli produk melalui dalam talian. Kajian ini signifikan untuk dijadikan garis panduan bagi peniaga untuk mengetahui tingkah laku pembeli dalam talian.

Item Type:Article
Keywords:Privasi; Keselamatan; Instagram; Membeli; Dalam talian
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:11435
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Mar 2018 01:16
Last Modified:10 Mar 2018 01:24

Repository Staff Only: item control page