Pengaruh optimistik, kecekapan kendiri umum dan sokongan sosial terhadap kebahagiaan remaja miskin di Sabah

Mahirah Masdin, and Balan Rathakrishnan, and Getrude Cosmas, (2016) Pengaruh optimistik, kecekapan kendiri umum dan sokongan sosial terhadap kebahagiaan remaja miskin di Sabah. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 11 (1). pp. 45-58. ISSN 1823-884X

[img]
Preview
PDF
220kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/809

Abstract

Kajian dijalankan bertujuan untuk mengkaji pengaruh optimistik, kecekapan kendiri umum, sokongan sosial dan afek positif-negatif ke atas kebahagiaan remaja miskin di Sabah. Kajian rintis dijalankan ke atas 110 remaja miskin. Terdapat lima set soal selidik yang digunakan, iaitu Extended Life Orientation Test (ELOT) mengukur optimistik, General Self-Efficacy Scale (GSES) mengukur efikasi kendiri umum, Inventory of Socially Supportive Behaviors (ISSB)-Short Form mengukur sokongan sosial, Positive Affective and Negative Affective Schedule (PANAS) mengukur afek positif dan negatif, dan Oxford Happiness Questionnaire (OHQ) mengukur kebahagiaan. Analisis kebolehpercayaan dijalankan adalah melihat kepada pekali Cronbach Alfa menggunakan Statistical Packages of Social Science (SPSS) versi 21. Hasil kajian mendapati bahawa Extended Life Orientation Test (ELOT) menunjukkan nilai Cronbach Alfa 0.697, General Self-Efficacy Scale (GSES) sebanyak 0.704, Inventory of Socially Supportive Behaviors (ISSB)-Short Form sebanyak 0.925 dan Positive Affective and Negative Affective Schedule (PANAS) sebanyak 0.730. Manakala, bagi alat kajian pemboleh ubah terikat Oxford Happiness Questionnaire (OHQ) menunjukkan nilai sebanyak 0.823. Analisis inferensi mendapati sokongan sosial lebih mempengaruhi kebahagiaan remaja miskin, iaitu sebanyak 20.2%. Dapatan juga mendapati afek positif mempunyai kesan mediator antara hubungan optimistik dan kebahagiaan remaja miskin di Sabah.

Item Type:Article
Keywords:Optimistik; Kecekapan kendiri umum; Sokongan sosial; Afek positif dan negatif; Kebahagiaan
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:11436
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Mar 2018 03:08
Last Modified:10 Mar 2018 01:25

Repository Staff Only: item control page