Ciri-ciri keusahawanan dalam kalangan banduan parol: ke arah penyediaan modul kemahiran pengurusan keusahawanan di Jabatan Penjara Malaysia

Fauziah Ibrahim, and Salina Nen, and Norulhuda Sarnon, and Khadijah Alavi, and Mohd Suhaimi Mohamad, and Wan Shahrazad Wan Sulaiman, and Ezarina Zakaria, (2016) Ciri-ciri keusahawanan dalam kalangan banduan parol: ke arah penyediaan modul kemahiran pengurusan keusahawanan di Jabatan Penjara Malaysia. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 11 (1). pp. 91-105. ISSN 1823-884X

[img]
Preview
PDF
233kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/809

Abstract

Sebagai inisiatif penyediaan modul kerjaya yang berkesan kepada banduan parol supaya mereka mampu untuk membina kerjaya dan kehidupan yang berdikari daripada aspek kewangan/ekonomi, maka artikel ini disediakan bertujuan untuk mengukur sejauh mana ciri-ciri keusahawanan yang dimiliki oleh banduan parol di Malaysia. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk tinjauan keratanlintang secara kuantitatif. Seramai 280 banduan parol yang sedang menjalani program pengawasan parol di Semenanjung Malaysia oleh Jabatan Penjara Malaysia (JPM) telah dipilih sebagai responden kajian. Hasil kajian mendapati majoriti banduan parol yang terlibat dalam kajian ini menunjukkan tahap ciri-ciri keusahawanan yang positif iaitu berada pada tahap sederhana (64.6 peratus) ke tahap yang tinggi (34.6 peratus). Hanya 0.7 peratus sahaja dalam kalangan banduan yang terlibat dalam kajian ini tidak menunjukkan ciri-ciri keusahawanan. Hasil kajian memberi implikasi positif ke arah keperluan untuk mewujudkan modul pengurusan dan kemahiran keusahawanan di Jabatan Penjara Malaysia bagi tujuan menggilap bakat dan kemahiran kerjaya kepada banduan sebagai persediaan mereka untuk kembali berfungsi semula ke dalam masyarakat setelah dibebaskan.

Item Type:Article
Keywords:Keusahawanan; Banduan parol; Modul kemahiran pengurusan
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:11438
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Mar 2018 04:09
Last Modified:10 Mar 2018 01:30

Repository Staff Only: item control page