Datuk nenek menjaga cucu: faktor penyumbang dan cabaran penjagaan

Khadijah Alavi, and Doris Dagang, and Jamiah Manap, (2016) Datuk nenek menjaga cucu: faktor penyumbang dan cabaran penjagaan. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 11 (1). pp. 125-136. ISSN 1823-884X

[img]
Preview
PDF
220kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/809

Abstract

Perubahan sosial dan struktur keluarga yang berlaku dalam masyarakat hari ini telah menyebabkan datuk nenek terlibat dalam tugas menjaga cucu. Datuk nenek sememangnya memainkan peranan penting dalam mengukukuhkan hubungan intergenerasi keluarga di negara ini. Tugas menjaga cucu yang diambil alih oleh datuk nenek bukanlah suatu tanggungjawab yang mudah. Pelbagai aspek berkaitan dengan permasalahan ini berjaya diterokai. Artikel ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis beban dan cabaran yang dihadapi oleh datuk nenek yang menjalankan tugas menjaga cucu sepenuhmasa. Pendekatan kualitatif yang digunakan ialah kaedah temubual mendalam keatas 6 responden berumur 60 tahun ke atas untuk mendapatkan pengalaman mereka dalam penjagaan cucu secara sepenuhmasa. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa faktor penyumbang dan cabaran yang dihadapi oleh datuk nenek yang mengambil alih tugas menjaga cucu secara sepenuhmasa. Faktor penyumbang kepada penjagaan cucu merangkumi penglibatan anak dewasa dalam pekerjaan, melanjutkan pengajian, perceraian dan kematian muda. Manakala dari segi cabaran yang dihadapi dalam kalangan datuk nenek ialah beban fizikal, kewangan, kesihatan mental dan kesihatan. Artikel ini merumuskan bahawa dalam era modenisasi, anak dewasa perlu ada kesedaran dan prihatin mengenai kesejahteraan hidup ibu bapa tua (datuk nenek) yang menghadapi pelbagai cabaran dalam menjaga cucu secara sepenuhmasa. Justeru itu, keluarga, komuniti dan pihak berkepentingan perlu mengambil tanggungjawab dalam menangani isu penjagaan cucu oleh datuk nenek dengan program dan aktiviti lebih komprehensif.

Item Type:Article
Keywords:Penjagaan; Cabaran; Datuk nenek; Cucu; Anak dewasa
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:11440
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Mar 2018 04:28
Last Modified:10 Mar 2018 01:32

Repository Staff Only: item control page