Megat Ayop Megat Arifin, and Abd. Halim Ahmad, (2016) Peranan whistleblowing dalam meningkatkan integriti anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM): kajian ke atas kontinjen Perak. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 11 (1). pp. 137-160. ISSN 1823-884X
|
PDF
328kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/809
Abstract
Praktik whitsleblowing merupakan salah satu amalan positif dalam organisasi yang mampu untuk meningkatkan tahap integriti ahli-ahli dalam sesebuah organisasi. Namun begitu, praktik whistleblowing juga turut tidak dapat mengelak daripada mengundang pelbagai respon khususnya dalam kalangan ahli organisasi itu sendiri. Praktik sebegini turut dilihat sebagai salah satu faktor yang boleh memudaratkan organisasi di samping mendedahkan pelapor (whistleblower) kepada beberapa bentuk ancaman ugutan dari luar dan diskriminasi dalam organisasi. Kertas ini merupakan satu upaya untuk melihat perkaitan antara persepsi anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perak melalui peranan amalan whistleblowing terhadap persepsi peningkatan integriti anggota. Seterusnya, mengenalpasti maksud whistleblowing dan pengaruhnya terhadap tahap integriti anggota dalam organisasi. Kajian ini menggunakan analisis kuantitatif berbentuk deskriptif bagi mengenalpasti corak hubungan yang wujud antara persepsi terhadap amalan whistleblowing dengan persepsi terhadap peningkatan integriti berdasarkan tiga pembolehubah asas iaitu faktor demografi, tanggapan terhadap praktik whistleblowing dan kesan daripada tindakan membuat laporan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa anggota PDRM Perak mempunyai persepsi yang positif terhadap praktik whistleblowing yang mana ianya dilihat perlu dilaksanakan dalam meningkatkan integriti anggota.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Whistleblowing; Persepsi; Praktik; Amalan; Anggota PDRM; Budaya; Integriti; Organisasi; Pengaruh |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 11441 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 07 Mar 2018 04:45 |
Last Modified: | 10 Mar 2018 01:34 |
Repository Staff Only: item control page