Ruslan Ramli, and Chang, Peng Kee and Shahrul Nazmi Sannusi, (2016) Pembingkaian berita Pilihanraya Umum ke-13 Malaysia oleh Kompas dan Republika. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 11 (1). pp. 161-185. ISSN 1823-884X
|
PDF
257kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/809
Abstract
Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) yang berlangsung di Malaysia pada 5 Mei 2013 lalu menjadi titik penting kepada perkembangan demokrasi sihat dalam negara ini. Pada masa yang sama, kejayaan parti Barisan Nasional (BN) mengekalkan tampuk pemerintahan telah banyak mendapat liputan media antarabangsa kerana menganggap PRU 13 kali ini sebagai sangat sengit dan mendebarkan. Maka, kajian ini dijalankan bagi mengetahui kandungan dan pembingkaian Pilihan Raya Umum Ke-13 Malaysia dalam akhbar Kompas dan Republika. Kajiannya cuba mengungkap kecondongan dan pembinaan bingkai berita kedua-dua akhbar Indonesia tersebut ke atas PRU Malaysia dengan mengguna pakai analisis kandungan kualitatif berpadukan model bingkai Gamson & Modigliani (1989). Hasilnya, Kompas dan Republika memandang PRU Malaysia sebagai peristiwa bagi kepentingan hubungan Indonesia dan Malaysia. Oleh itu, Kompas mahupun Republika menumpukan ruang cukup besar kepada PRU Malaysia melalui peletakan berita sebagai berita utama dan frekuensi berita yang berterusan sebelum dan sesudah hari pengundian. Kompas bahkan mengirim wartawannya ke Kuala Lumpur kerana PRU Malaysia sangat penting bagi Indonesia. Manakala pembingkaian berita, hasil kajian menunjukkan bahawa kedua-dua akhbar ini memihak kepada salah satu calon dan parti tertentu.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Berita PRU Malaysia; Analisis kandungan; Analisis pembingkaian; PRU; Kompas; Republika |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 11442 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 07 Mar 2018 04:53 |
Last Modified: | 10 Mar 2018 01:36 |
Repository Staff Only: item control page