Motivasi belajar dan keterlibatan dalam pembelajaran kemahiran mengarang bahasa Melayu

Zuraini Jusoh, and Fadzilah Abd Rahman, and Norazlina Mohd Kiram, and Samsilah Roslan, (2016) Motivasi belajar dan keterlibatan dalam pembelajaran kemahiran mengarang bahasa Melayu. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 11 (1). pp. 213-226. ISSN 1823-884X

[img]
Preview
PDF
215kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/809

Abstract

Murid-murid yang mempunyai motivasi belajar dapat diperhatikan melalui keterlibatan mereka dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kajian lepas menunjukkan bahawa murid rendah pencapaian kurang bermotivasi dan keterlibatan dalam pembelajaran. Namun, timbul persoalan adakah murid-murid ini kurang bermotivasi dan keterlibatan dalam semua mata pelajaran atau mata pelajaran tertentu sahaja? Oleh itu, dengan memberi fokus kepada kemahiran mengarang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, kajian berbentuk tinjauan secara deskriptif menggunakan borang soal selidik telah dijalankan. Sebanyak 166 borang soal selidik menggunakan skala Likert empat mata telah diedarkan kepada tiga buah sekolah. Hasil dapatan menunjukkan bahawa murid-murid rendah pencapaian ini mempunyai motivasi belajar (min = 3.03, sp = 0.38) dan keterlibatan dalam pembelajaran (min = 3.09, sp = 0.39) kemahiran mengarang yang tinggi. Dapatan ini berbeza sekali dengan dapatan pengkaji sebelum ini. Sehubungan dengan itu, kajian lebih lanjut dicadangkan untuk mengetahui secara lebih mendalam apakah faktor yang membuatkan murid-murid ini bermotivasi dan mempunyai keterlibatan yang tinggi dalam kemahiran mengarang. Adakah disebabkan oleh pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru, pengaruh ibu bapa, kesedaran diri muridmurid itu sendiri ataupun faktor lain?

Item Type:Article
Keywords:Motivasi belajar; Keterlibatan dalam pembelajaran; Berpencapaian rendah; Kemahiran mengarang; Bahasa Melayu
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:11445
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Mar 2018 06:56
Last Modified:10 Mar 2018 01:44

Repository Staff Only: item control page