Faktor penghalang dan penggalak kepatuhan daripada perspektif pesakit tuberkulosis cicir rawatan di Kuala Lumpur

Noorsuzana Mohd Shariff, and Shamsul Azhar Shah, and Fadzilah Kamaludin, (2017) Faktor penghalang dan penggalak kepatuhan daripada perspektif pesakit tuberkulosis cicir rawatan di Kuala Lumpur. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 15 (1). pp. 75-87. ISSN 1675-8161

[img]
Preview
PDF
363kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jskm/issue/view/635

Abstract

Terdapat banyak kajian yang diterbitkan sebelum ini mengaitkan perhubungan buruk antara ketidakpatuhan terhadap rawatan dengan hasil rawatan tuberkulosis. Ketidakpatuhan boleh mengakibatkan peningkatan risiko kepada kejangkitan yang berpanjangan, resistan ubat, kes-kes berulang, dan peluang kemandirian yang tipis dalam kalangan pesakit tuberkulosis. Namun, masih terdapat kurang kajian yang menyediakan maklumat berkaitan sebab di sebalik ketidakpatuhan dalam kalangan pesakit tuberkulosis di Malaysia. Maka, objektif kajian ini ialah untuk menentukan faktor-faktor penghalang dan penggalak yang mempengaruhi kepatuhan dalam kalangan pesakit tuberkulosis tempatan. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang mana melibatkan 12 temu bual mendalam dengan pesakit tuberkulosis cicir rawatan yang menerima rawatan di Institut Perubatan Respiratori, Kuala Lumpur. Semua perbualan telah direkodkan, ditranskripsi, dan dianalisis dengan menggunakan analisis tematik. Didapati bahawa kurang pengetahuan, sikap negatif diri sendiri, kepercayaan tradisional, persepsi negatif terhadap pemberi rawatan, kesan sampingan ubatan, stigma, masalah kewangan, kurang sokongan keluarga, dan komitmen masa bekerja adalah faktor-faktor yang menghalang pesakit daripada mengambil rawatan anti tuberkulosis dengan sempurna. Sementara itu, faktor-faktor yang menggalakkan mereka untuk meneruskan rawatan adalah kepercayaan terhadap kesan buruk penyakit ke atas kehidupan dan kesihatan, hubungan baik antara pesakit dan pemberi rawatan, dan sokongan sosial daripada orang sekeliling. Kesimpulannya, ketidakpatuhan melibatkan pengaruh yang dinamik antara faktor-faktor individu, sosioekonomi, dan rawatan ke atas pesakit. Hasil kajian ini dapat membantu dalam penambahbaikan aktiviti-aktiviti mempromosi kepatuhan dalam kalangan pesakit tuberkulosis pada masa akan datang disesuaikan dengan keperluan spesifik pesakit.

Item Type:Article
Keywords:Tuberkulosis; Ketidakpatuhan; Penghalang; Penggalak; Malaysia; Kajian kualitatif
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:11461
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 Mar 2018 03:45
Last Modified:16 Mar 2018 00:52

Repository Staff Only: item control page