Penularan penyakit Tuberculosis (TB) di Malaysia: amalan pencegahan dan mekanisme pengawalan di institusi pendidikan

Mohd Faiz Mohd Yaakob, and Jamal@Nordin Yunus, (2017) Penularan penyakit Tuberculosis (TB) di Malaysia: amalan pencegahan dan mekanisme pengawalan di institusi pendidikan. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 15 (1). pp. 131-134. ISSN 1675-8161

[img]
Preview
PDF
222kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jskm/issue/view/635

Abstract

Penyakit Tuberculosis atau dikenali sebagai penyakit TB merupakan isu yang penting di Malaysia disebabkan oleh kemunculan jangkitan yang dramatik. Pada bulan Mac 2016 (sehingga 15 April 2016) sebanyak 3049 kes tibi telah dikesan dan menjadikan keseluruhan kes secara kumulatif sebanyak 7717 kes. Berlaku peningkatan sebanyak 902 (13.0%) pada bulan yang sama tahun 2015 (6815 kes). Sementara itu, pencegahan dan mekanisme pengawalan penyakit ini perlu difahami sejak awal lagi. Tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji (1) penularan penyakit TB di Malaysia (2) amalan pencegahan penyakit TB (3) mekanisme kawalan di institusi pendidikan (4) promosi program kesihatan di sekolah. Perbincangan dan cadangan daripada kajian ini boleh diaplikasikan bagi mengukuhkan dan memperteguh dasar dan perancangan kerajaan ke arah yang lebih baik terutama kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Item Type:Article
Keywords:Kesihatan Awam; Tuberculosis (TB); Pencegahan; Mekanisme kawalan; Perancangan dan dasar pendidikan
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:11466
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 Mar 2018 06:16
Last Modified:16 Mar 2018 00:41

Repository Staff Only: item control page