Farah Diyana Ariffin, and Aminah Abdullah, and Shahrul Hisham Zainal Ariffin, and Chan, Kok Meng (2017) Kandungan makronutrien rumpai laut merah Kappaphycus alvarezii dan Kappaphycus striatum. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 15 (2). pp. 19-27. ISSN 1675-8161
|
PDF
419kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/jskm/issue/view/636
Abstract
Rumpai laut mempunyai pelbagai kandungan nutrien yang berpotensi untuk menjadi sumber makanan yang berkhasiat, namun hanya sedikit kajian yang dilakukan terhadap rumpai laut merah di Malaysia. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk menentukan kandungan makronutrien, profil asid amino dan komponen asid lemak Kappaphycus alvarezii dan Kappaphycus striatum. Hasil kajian mendapati julat kandungan lembapan, lemak, abu, protein, gentian dan karbohidrat bagi kedua-dua rumpai laut merah adalah masing-masing dalam lingkungan 6.9% - 7.3%, 0.5% - 2.6%, 29.4% - 30.9%, 2.5% - 5.7%, 5.3% - 5.5% dan 50.1% - 53.3%. Sebanyak 16 jenis asid amino telah dikenal pasti di mana kandungan asid amino perlu bagi K. alvarezii dan K. striatum masing-masing adalah sebanyak 41.11% dan 36.15%. Sebanyak 34 komponen asid lemak telah dikenal pasti di mana kandungan asid lemak tepu (SFA) adalah paling tinggi (42.7% - 72.8%) diikuti dengan asid lemak mono tidak tepu (MUFA) (13.8% - 36.2%) dan kandungan asid lemak poli tidak tepu (PUFA) adalah paling rendah (13.5% - 21.2%). Secara kesimpulannya, kajian ini mencadangkan bahawa K. alvarezii dan K. striatum berpotensi digunakan sebagai bahan mentah atau ramuan makanan untuk meningkatkan nilai pemakanan dalam diet manusia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kappaphycus alvarezii; Kappaphycus striatum; Analisis proksimat; Asid amino; Asid lemak |
Journal: | Jurnal Sains Kesihatan Malaysia |
ID Code: | 11469 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 12 Mar 2018 08:14 |
Last Modified: | 16 Mar 2018 00:20 |
Repository Staff Only: item control page