Pencapaian auditori kanak-kanak pengguna implan koklea di bawah Program Implan Koklea Kebangsaan

Juliana Samsudin, and Cila Umat, and Siti Zamratol- Mai Sarah Mukari, and Quar, Tian Kar (2017) Pencapaian auditori kanak-kanak pengguna implan koklea di bawah Program Implan Koklea Kebangsaan. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 15 (2). pp. 59-72. ISSN 1675-8161

[img]
Preview
PDF
607kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jskm/issue/view/636

Abstract

Implan koklea merupakan pilihan intervensi utama untuk mereka yang bermasalah pendengaran sensorineural pada tahap yang teruk dan sangat teruk. Kajian ini bertujuan untuk mengukur pencapaian auditori dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pendengaran pralingual yang telah memakai alat implan koklea menggunakan pengukuran terus persepsi terhadap pertuturan (objektif) dan soal selidik ibu bapa (subjektif) serta mengenal pasti faktor demografi yang signifikan menyumbang kepada pencapaian mereka. Seramai 48 orang kanak-kanak daripada Program Implan Koklea di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berumur pendengaran antara 12 hingga 89 bulan (min = 42.60 ± 19.46 bulan) terlibat dalam kajian ini. Ujian persepi pertuturan dijalankan menggunakan ujian-ujian yang dipilih daripada Evaluation of Auditory Response to Speech (EARS) versi Bahasa Melayu manakala penilaian ibu bapa terhadap pencapaian kanak-kanak dikumpulkan melalui soal selidik Parents’ Evaluation of Aural/Oral Performance of Children (PEACH) versi Bahasa Melayu. Stimulus pertuturan terakam dipersembahkan kepada kanak-kanak dalam medan bebas pada kekuatan bunyi 65 dB SPL dalam bilik terawat bunyi. Keputusan ujian persepsi pertuturan kemudian dikategorikan menggunakan Indeks Kategori Pencapaian Auditori versi Bahasa Melayu (My-CAPI) yang mempunyai 10 kategori bermula daripada ‘0’ hingga ‘9’. Keputusan menunjukkan kebanyakan subjek (N = 20, 41.7%) berada pada kategori ‘2’ dalam tahap My-CAPI (persepsi pertuturan set tertutup yang terhad), manakala tiga orang subjek mencapai kategori maksimum ‘9’ (persepsi pertuturan set terbuka yang tinggi dalam situasi bising). Mod komunikasi adalah satu-satunya faktor demografi yang signifikan berkorelasi dengan My-CAPI dan skor PEACH (p < 0.01). Koefisyen korelasi Pearson menunjukkan perhubungan yang kuat di antara skor PEACH dan My-CAPI (p < 0.01; r = 0.71) mencadangkan soal selidik PEACH boleh memberikan indikasi prestasi auditori jika ujian pertuturan tidak dapat dijalankan. Dapatan kajian menunjukkan majoriti kanak-kanak implan koklea yang diuji belum mencapai prestasi auditori yang memberangsangkan dan penggunaan komunikasi lisan merupakan faktor utama yang dikaitkan dengan pencapaian auditori yang lebih baik.

Item Type:Article
Keywords:Persepsi pertuturan; Kanak-kanak; Implan koklea; Parents’ Evaluation of Aural/Oral Performance of Children (PEACH); Indeks Kategori Pencapaian Auditori (CAPI)
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:11473
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Mar 2018 00:34
Last Modified:16 Mar 2018 00:32

Repository Staff Only: item control page