Nursyuhada Jamaludin, and Zainora Mohammed, and Norliza Mohammad Fadzil, (2017) Latihan penggunaan alat bantu penglihatan terhad dalam kalangan murid ketidakupayaan penglihatan oleh guru pendidikan khas. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 15 (2(SI)). pp. 109-114. ISSN 1675-8161
|
PDF
317kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/jskm/issue/view/894
Abstract
Alat bantu penglihatan terhad yang dipreskripsi kepada murid ketidakupayaan penglihatan dapat membantu mereka dalam pembelajaran. Salah satu faktor yang mempengaruhi kejayaan penggunaan alat bantu penglihatan adalah kemahiran penggunaannya. Objektif kajian ini adalah untuk membandingkan kelajuan membaca murid ketidakupayaan penglihatan sebelum dan selepas menerima latihan penggunaan alat bantu penglihatan oleh guru pendidikan khas. Seramai 22 orang guru pendidikan khas diberi latihan penggunaan alat bantu penglihatan melalui beberapa siri bengkel. Seramai 22 orang murid ketidakupayaan penglihatan dipilih dan digandingkan dengan guru untuk latihan penggunaan alat bantu penglihatan di dalam kelas (latihan di dalam kelas). Alat bantu penglihatan yang bersesuaian untuk murid ketidakupayaan penglihatan dipreskripsi oleh penyelidik sebelum latihan dijalankan. Jumlah latihan di dalam kelas adalah selama 5 jam iaitu 1 jam seminggu. Latihan di dalam kelas adalah berpandukan modul yang telah dibangunkan pada awal kajian dan guru menggunakan senarai semak untuk memantau murid. Kelajuan membaca murid dalam perkataaan per minit (ppm) diukur menggunakan carta dekat UKM sebelum dan selepas tamat latihan di dalam kelas. Semua guru berjaya menamatkan sesi latihan di dalam kelas. Hasil daripada ujian pengulangan sehala ANOVA (One-way repeated measured) mendapati kelajuan membaca murid meningkat dengan signifikan dalam tempoh 5 jam latihan di dalam kelas, F (1.6,34.4) = 35.53, p < 0.001, partial ŋ² = 0.63. Kelajuan membaca murid ketidakupayaan penglihatan meningkat selepas tamat latihan di dalam kelas. Ini bermaksud latihan penggunaan alat bantu penglihatan oleh guru pendidikan khas secara sistematik membantu murid menggunakan alat tersebut dengan lebih berkesan dan seterusnya meningkatkan kelajuan membaca mereka.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Alat bantu penglihatan terhad; Latihan; Murid; Guru; Kelajuan membaca |
Journal: | Jurnal Sains Kesihatan Malaysia |
ID Code: | 11481 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 13 Mar 2018 06:57 |
Last Modified: | 16 Mar 2018 01:04 |
Repository Staff Only: item control page