Kepercayaan terhadap amalan pemakanan dalam kalangan penjaga kanak-kanak leukemia dan kumpulan profesional kesihatan di Hospital Kuala Lumpur –kajian kualitatif

Siti Asilah Yusof, and Zahara Abdul Manaf, and Poh, Bee Koon and Roslee Rajikan, (2017) Kepercayaan terhadap amalan pemakanan dalam kalangan penjaga kanak-kanak leukemia dan kumpulan profesional kesihatan di Hospital Kuala Lumpur –kajian kualitatif. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 15 (2(SI)). pp. 163-172. ISSN 1675-8161

[img]
Preview
PDF
361kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jskm/issue/view/894

Abstract

Kepercayaan terhadap amalan pemakanan oleh ibu bapa dan penjaga memainkan peranan penting dalam pengambilan pemakanan kanak-kanak leukemia. Namun kajian tempatan yang mengkaji amalan dan kepercayaan pemakanan dalam kalangan penjaga pesakit leukemia sangat terhad. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kepercayaan terhadap amalan pemakanan dalam kalangan penjaga kanak-kanak yang menghidap leukemia ahli profesional kesihatan di Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (IPHKL), Malaysia. Kajian secara kualitatif ini dijalankan bagi menilai kepercayaan dan amalan terhadap sesuatu makanan dalam kalangan penjaga pesakit leukemia kanak-kanak. Seramai 30 orang subjek yang terdiri daripada 10 orang ahli profesional kesihatan dan 20 orang penjaga pesakit telah ditemu bual menggunakan kaedah temu duga semi-struktur. Temu duga ini ditranskripkan dan dianalisa menggunakan perisian kualitatif ATLAS.ti. versi 7.5.6 yang seterusnya membentuk beberapa tema. Lima tema yang telah ditemui dalam kajian ini iaitu: (1) kepercayaan terhadap makanan yang mampu menyembuhkan kanser, (2) kepercayaan mengenai pengambilan susu dan daging, (3) kepercayaan makanan yang mengandungi pestisid,(4) kepercayaan terhadap makanan yang menyebabkan kegatalan, dan (5) sumber maklumat pemakanan dan pengetahuan pemakanan dalam kalangan penjaga. Kajian ini menunjukkan wujudnya kepercayaan terhadap amalan pemakanan tertentu dalam kalangan penjaga pesakit dan kumpulan profesional kesihatan. Maklumat daripada hasil kajian ini boleh memberikan perspektif mengenai kepercayaan terhadap amalan pemakanan tertentu dalam kalangan penjaga kanak-kanak leukemia dan kumpulan profesional kesihatan. Perkara ini penting kepada ahli profesional kesihatan terutamanya semasa merancang strategi untuk memberi pendidikan pemakanan kepada penjaga untuk memperbaiki status pemakanan pesakit.

Item Type:Article
Keywords:Kepercayaan pemakanan; Leukemia pediatrik; Penjaga pesakit; Ahli profesional kesihatan; Kajian kualitatif
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:11488
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Mar 2018 01:08
Last Modified:02 Apr 2018 02:29

Repository Staff Only: item control page