Mengukur keberkesanan rehabilitasi penglihatan murid penglihatan terhad menggunakan UKM-CHILD

Muhsonat Mohamad Zain, and Norliza Mohamad Fadzil, and Zainora Mohammed, (2017) Mengukur keberkesanan rehabilitasi penglihatan murid penglihatan terhad menggunakan UKM-CHILD. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 15 (2). pp. 191-197. ISSN 1675-8161

[img]
Preview
PDF
352kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jskm/issue/view/894

Abstract

Rehabilitasi penglihatan bagi murid penglihatan terhad adalah penting untuk membantu mereka menggunakan penglihatan secara optimum ketika melakukan aktiviti hidup seharian (ADL) dan seterusnya menjadikan mereka lebih berdikari di masa hadapan. UKM-CHILD adalah indeks ADL untuk mengukur keupayaan murid penglihatan terhad dalam melakukan ADL. UKM-CHILD mengandungi 25-item soal selidik kendiri dan 7-item pengukur prestasi. Objektif kajian ini adalah untuk mengukur keberkesanan rehabilitasi penglihatan murid penglihatan terhad menggunakan UKM-CHILD. Seramai 40 murid penglihatan terhad berumur 15.33 ± 1.56 tahun diberikan rehabilitasi penglihatan yang melibatkan preskripsi kaca mata, alat bantu penglihatan terhad dan latihan penggunaan alat bantu penglihatan terhad. Sesi latihan dilakukan selama 5 minggu dan ianya merangkumi kaedah penggunaan alat bantu penglihatan terhad dan latihan membaca. Pengukuran parameter kajian iaitu akuiti visual, kelajuan membaca dan keupayaan melakukan ADL (UKM-CHILD) dilakukan pada peringkat pra dan pasca rehabilitasi. Keputusan kajian ini mendapati purata akuiti visual jauh meningkat sebanyak empat baris (VAjauh(pra): 0.85 ± 0.05 logMAR; VAjauh(pasca): 0.40 ± 0.06 logMAR; z = -2.27, p = 0.026) dan purata akuiti visual dekat meningkat sebanyak dua baris (VAdekat(pra): 0.64 ± 0.22 logMAR; VAdekat(pasca): 0.40 ± 0.12 logMAR; z = -5.21, p < 0.05) selepas rehabilitasi. Purata kelajuan membaca meningkat sebanyak 48% (kelajuan membacapra: 49.58 ± 25.51 ppm; kelajuan membacapasca: 73.22 ± 26.19 ppm; t(39) = 16.67, p < 0.05). Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat peningkatan signifikan dalam skor soal selidik kendiri (soal selidik kendiripra: 1.72 ± 0.83 logit; soal selidik kendiripasca: 2.12 ± 1.25 logit; z = -5.129, p < 0.05) dan skor pengukur prestasi (pengukur prestasipra: 0.82 ± 0.30 logit; pengukur prestasipasca: 2.87 ± 1.52 logit; z = -5.55, p < 0.05) selepas 5 minggu rehabilitasi. Kajian ini mendapati UKM-CHILD boleh digunakan untuk mengukur keberkesanan rehabilitasi penglihatan.

Item Type:Article
Keywords:Kelajuan membaca; Indeks ADL; Aktiviti dalam kehidupan seharian; Rehabilitasi penglihatan; Murid penglihatan terhad
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:11491
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Mar 2018 01:43
Last Modified:02 Apr 2018 02:27

Repository Staff Only: item control page