Corak hilang upaya dalam kalangan pekerja di Malaysia: kajian kes bagi pencarum PERKESO

Shamshimah Samsuddin, and Noriszura Ismail, (2018) Corak hilang upaya dalam kalangan pekerja di Malaysia: kajian kes bagi pencarum PERKESO. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 16 (1). pp. 87-94. ISSN 1675-8161

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jskm/issue/view/684

Abstract

Kecederaan yang berkait dengan pekerjaan merupakan suatu isu yang perlu diambil berat untuk mengurangkan permasalahan hilang upaya dan kematian di tempat kerja. Pekerja sihat dan berproduktiviti tinggi merupakan salah satu faktor yang penting kepada peningkatan ekonomi sesebuah negara. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti corak hilang upaya bagi pekerja yang dilindungi Skim Bencana Pekerjaan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia (PERKESO) untuk tahun 2009-2013. Berdasarkan perihalan diskriptif yang diperoleh, sebanyak 80% daripada jumlah keseluruhan pekerja yang mengalami masalah hilang upaya atau kematian di tempat kerja merupakan pekerja lelaki. Selain itu, pekerja yang berumur 25 tahun dan ke atas lebih terdedah kepada kecederaan dan kematian yang berkait dengan pekerjaan. Dapatan kajian ini menunjukkan faktor sosiodemografi seperti jantina dan umur, serta tahap hilang upaya merupakan beberapa faktor penting yang perlu dipertimbangkan dalam mengenal pasti corak hilang upaya dalam kalangan pekerja.

Item Type:Article
Keywords:Bencana kerja; Hilang upaya; Skim Bencana Pekerjaan; PERKESO
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:11502
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Mar 2018 03:26
Last Modified:02 Apr 2018 02:57

Repository Staff Only: item control page