Kepatuhan temujanji oleh pesakit di Klinik Optometri UKM

Mohd Izzuddin Hairol, and Norlaili Arif, and Siti Hanisah Mohd Shariffudin, (2018) Kepatuhan temujanji oleh pesakit di Klinik Optometri UKM. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 16 (1). pp. 103-108. ISSN 1675-8161

[img]
Preview
PDF
456kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jskm/issue/view/684

Abstract

Kepatuhan temujanji pesakit merujuk kepada kebersediaan dan kebolehan pesakit untuk menghadiri temujanji yang telah ditetapkan. Kegagalan pesakit untuk berbuat demikian memberi pelbagai kesan terutamanya di klinik pengajaran seperti Klinik Optometri Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Peratus kepatuhan temujanji oleh pesakit di Klinik Optometri UKM dianalisa dari September sehingga Disember 2015 dan dibahagikan mengikut jenis dan sesi klinik serta jantina dan etnik pesakit. Peratus kepatuhan temujanji adalah sekitar 60% untuk Klinik Optometri Primer. Kepatuhan meningkat ke sekitar 70% bagi klinik khas untuk pesakit bermasalah penglihatan seperti Klinik Penglihatan Terhad dan Klinik Penglihatan Pediatrik. Hari dan masa klinik tidak mempengaruhi kehadiran pesakit secara signifikan (p > 0.05). Jantina dan etnik pesakit tidak mempengaruhi kepatuhan temujanji secara signifikan tetapi pesakit berbangsa India secara konsisten menunjukkan peratus kehadiran temujanji terendah. Suatu protokol perlu dibangunkan untuk meningkatan kadar kepatuhan temujanji pesakit. Ini seterusnya dapat menambah produktiviti di kalangan kakitangan dan pelajar dan mengoptimumkan penggunaan sumber. Penerangan juga boleh diberikan kepada pesakit mengenai kos yang ditanggung oleh pihak pengurusan untuk setiap temujanji walaupun tiada sebarang caj dikenakan kepada pesakit.

Item Type:Article
Keywords:Kepatuhan temujanji; Klinik Optometri; Temujanji; Pembelajaran dan pengajaran klinikal; Kesihatan masyarakat
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:11505
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Mar 2018 04:00
Last Modified:02 Apr 2018 03:07

Repository Staff Only: item control page