Persepsi pelajar tingkatan lima terhadap kerjaya dalam bidang Sains Kesihatan

Tang, Hoe Ching and Hasherah Mohd Ibrahim, (2018) Persepsi pelajar tingkatan lima terhadap kerjaya dalam bidang Sains Kesihatan. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 16 (1). pp. 115-123. ISSN 1675-8161

[img]
Preview
PDF
707kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jskm/issue/view/684

Abstract

Bidang Sains Kesihatan kurang diceburi berbanding program kompetitif seperti perubatan, farmasi, dan pergigian. Kajian ini bertujuan untuk menilai persepsi pelajar Tingkatan Lima terhadap kerjaya dalam bidang Sains Kesihatan berkenaan dengan empat dimensi, iaitu ciri-ciri kerjaya yang dinilai sebagai “penting” dalam pemilihan kerjaya, tahap pengetahuan terhadap kerjaya dalam bidang kesihatan, persepsi pelajar terhadap kerjaya dalam bidang kesihatan, dan profesion kesihatan yang dipertimbangkan sebagai kerjaya. Satu kajian keratan rentas terhadap 188 orang pelajar daripada 10 buah sekolah menengah kebangsaan di sekitar Kuala Lumpur telah dijalankan. Hasil kajian menunjukkan responden mementingkan ciri kerjaya yang “memberi kepuasan pekerjaan” (97.8%), “mempunyai jaminan pekerjaan” (96.8%), “menarik” (95.2%), “membantu orang lain” (92.4%), “melakukan sesuatu perkara yang bermanfaat terhadap masyarakat” (92.1%) dan “dibayar gaji tinggi” (88.6%). Dari segi tahap pengetahuan, Perubatan (93.1%) merupakan kerjaya profesional yang paling diketahui dalam kalangan responden, diikuti Farmasi (84.0%), Pergigian (76.6%), Kejururawatan (74.8%), dan Sains Forensik (71.3%). Responden mempunyai pengetahuan yang paling kurang tentang bidang Terapi Pertuturan-Bahasa (28.0%), Audiologi (27.0%), dan Terapi Carakerja (19.3%). Perbezaan dari segi jantina dan etnik turut dikenalpasti melalui dapatan kajian ini. Persepsi responden terhadap sesuatu profesion dipengaruhi oleh faktor pengetahuan, etnik, dan jantina. Responden mempunyai tahap pengetahuan yang rendah dan tidak tepat bagi profesion yang kurang dikenali dan hal ini mempengaruhi pertimbangan responden dalam pemilihan kerjaya.

Item Type:Article
Keywords:Pemilihan kerjaya; Sains Kesihatan; Ciri-ciri kerjaya; Jantina; Etnik
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:11507
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Mar 2018 04:12
Last Modified:02 Apr 2018 02:59

Repository Staff Only: item control page