Lam, Kok Wai and Kamal Rullah, and Mohd Fadhlizil Fasihi Mohd Aluwi, and Saw, Phin Khye and Ang, Serene (2018) Sintesis, penilaian biologi dan kajian dok sebatian auron ke atas enzim xantin oksidase. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 16 (1). pp. 135-143. ISSN 1675-8161
|
PDF
2MB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/jskm/issue/view/684
Abstract
Perencatan aktiviti xantin oksidase (XO) merupakan satu pendekatan terapeutik yang berkesan dalam rawatan penyakit seperti gout dan hiperurikemia. Selain itu, penggunaan perencat XO juga dapat diluaskan kepada rawatan kecederaan contohnya reperfusi iskemia di pelbagai organ seperti jantung, hati dan buah pinggang. Dalam kajian ini, sebanyak 7 sebatian auron telah disintesis dan diuji ke atas XO dan dibandingkan dengan kawalan positif allopurinol. Sebatian 5e dikenalpasti sebagai sebatian yang paling berpotensi dan mampu merencatkan separuh daripada aktiviti XO pada 33.23 μM diikuti oleh sebatian 5f pada 210.22 μM dan sebatian 5d pada 302.0 μM. Kajian dok molekul telah dijalankan untuk memahami interaksi penting antara auron yang terpilih dengan tapak aktif XO.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Auron; Xantin oksidase; Dok; Sintesis; Biologi |
Journal: | Jurnal Sains Kesihatan Malaysia |
ID Code: | 11509 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 15 Mar 2018 04:29 |
Last Modified: | 02 Apr 2018 03:00 |
Repository Staff Only: item control page