Modul 3R: penyebaran kesedaran alam sekitar di Sabah dan Sarawak

Zanaton H. Iksan, and Nur Khairani Khalid, (2017) Modul 3R: penyebaran kesedaran alam sekitar di Sabah dan Sarawak. AJTLHE: ASEAN Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 9 (1). pp. 1-13. ISSN 1985-5826

[img]
Preview
PDF
415kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/ajtlhe/issue/view/1047

Abstract

Matlamat kursus Pendidikan Alam Sekitar dan Kelestarian adalah untuk memberi kesedaran kepada guru, supaya ia dapat disalurkan kepada pelajar di sekolah masing-masing. Kesedaran ini diperoleh apabila seseorang itu mengalami sendiri proses pendidikan alam sekitar, antaranya melalui aktiviti reuse, reduce dan recycle (3R). Aktiviti ini dapat dirasai dan boleh dilakukan dengan merancang dan melaksanakan aktiviti melalui modul 3R. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklum sejauh mana aktiviti modul 3R dapat disebarkan melalui tugasan dalam kursus ini secara meluas di Sabah dan Sarawak. Semua peserta kajian adalah guru yang menyambung pengajian secara separuh masa. Mereka terdiri daripada 28 pelajar Sabah dan 32 pelajar Sarawak yang mengikuti kursus Pendidikan Alam Sekitar dan Kelestarian. Peserta kajian dikehendaki membina modul 3R dan menggunakan modul ini kepada murid di sekolah masing-masing. Data dikumpul melalui dokumen, catatan refleksi dan temu bual. Dapatan menunjukkan sebanyak 56 buah sekolah terlibat (44 sekolah di Sarawak dan 12 sekolah di Sabah) dengan aktiviti modul 3R bagi memberi pengalaman pembelajaran dan kesedaran kepada lebih ramai murid. Aktiviti modul 3R telah melibatkan seramai 4644 murid di Sarawak dan 610 murid di Sabah. Pelbagai platform dijadikan asas kepada pelaksanaan aktiviti modul 3R iaitu pembelajaran dalam kelas sains, minggu sains, minggu kesedaran alam sekitar, aktiviti sekolah hijau dan program khas. Kajian ini memberi implikasi bahawa aktiviti modul 3R berasaskan tugasan pelajar dapat memberi pengalaman pembelajaran bukan sahaja kepada guru yang menyambung pengajian sahaja, malah pengalaman ini dapat disalurkan kepada murid mereka. Pengajian di peringkat tinggi dapat memberikan peluang pembelajaran di semua peringkat secara meluas.

Item Type:Article
Keywords:Pendidikan Alam Sekitar; Modul 3R; Penyebaran; Kesedaran alam sekitar
Journal:Asian Journal of Teaching and Learning in Higher Education
ID Code:11520
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Apr 2018 00:50
Last Modified:04 Apr 2018 04:03

Repository Staff Only: item control page