Kepelbagaian dan kelimpahan foraminifera di sedimen permukaan sekitar Delta Sungai Kelantan, Malaysia

Noraswana Nor Faiz, and Kamal Roslan Mohamed, and Ramlan Omar, and Zulkhairi Akmar Ahmad, (2017) Kepelbagaian dan kelimpahan foraminifera di sedimen permukaan sekitar Delta Sungai Kelantan, Malaysia. Sains Malaysiana, 46 (10). pp. 1709-1719. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol46num10_...

Abstract

Suatu kajian telah dijalankan untuk menentukan kepelbagaian dan kelimpahan foraminifera di sedimen permukaan sekitar delta Sungai Kelantan memandangkan kajian foraminifera terutamanya di perairan marin Malaysia amat kurang. Sejumlah 22 stesen daripada dua garisan transek telah ditentukan sebagai kawasan persampelan. Sebanyak 10,317 individu foraminifera yang terdiri daripada 27 famili, 34 genus dan 55 spesies telah ditemui di kawasan kajian. Secara keseluruhannya, famili Hauerinidae mencatatkan kepelbagaian spesies tertinggi (10 spesies) manakala famili paling dominan dengan jumlah individu tertinggi ialah Rotaliidae (26.14%). Spesies dominan dan paling melimpah di kawasan kajian ialah Asterorotalia pulchella (17.24%) dan Operculina ammonoides (10.19%). Indeks kepelbagaian spesies, H’ yang dicatatkan ialah antara 0.5 hingga 3.1 manakala indeks kekayaan spesies, α adalah antara 1.5 hingga 7.9. Kelimpahan dan kepelbagaian spesies tertinggi (α=7.9, H’=3.1) dicatatkan pada stesen 21 yang terletak di laut terbuka dengan kedalaman air sebanyak 36.8 m dan bersaliniti 32.2 ppt mendekati laut normal. Nilai H’ dan α terendah dicatatkan pada stesen yang berdekatan dengan muara sungai yang cetek dan bersaliniti lebih rendah. Secara keseluruhannya, nilai indeks kepelbagaian yang dicatatkan di kawasan kajian adalah menepati persekitaran marin berair cetek. Kesimpulannya, kepelbagaian dan kelimpahan foraminifera di kawasan kajian dipengaruhi oleh kedalaman dan saliniti air.

Item Type:Article
Keywords:Delta Sungai Kelantan; Foraminifera; Kelimpahan; Kepelbagaian
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:11527
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Apr 2018 06:58
Last Modified:10 Apr 2018 13:52

Repository Staff Only: item control page