Fenomena jerebu antara perspektif Quran dan sains moden

Ahmad Yunus Mohd Noor, and Nor Azilah Abdul Wahab, and Asmilyia Mohd Mokhtar, (2017) Fenomena jerebu antara perspektif Quran dan sains moden. Sains Malaysiana, 46 (10). pp. 1743-1748. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
180kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol46num10_...

Abstract

Jerebu merupakan fenomena pencemaran udara yang memberi impak negatif kepada kesihatan dan kegiatan sosial masyarakat serta negara. Isu jerebu dibincangkan dalam al-Quran iaitu sura al-Dukhan secara menyeluruh. Kertas ini bertujuan menganalisis perbahasan berkaitan masalah jerebu yang disebutkan oleh al-Quran dan tafsiran para sarjana Islam dalam konteks dan sudut pandang Islam. Kertas ini turut membincangkan punca dan kesan berlakunya masalah jerebu daripada perspektif sains. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu dengan merujuk kepada kaedah transdisiplin daripada perspektif Quran dan sains. Keputusan kajian mendapati terdapat tafsiran para sarjana Islam yang mentafsirkan surah al-Dukhan dan fenomena jerebu yang berlaku pada zaman Rasullullah SAW. Ia merupakan azab dan seksaan kepada kaum Musyrikin disebabkan oleh perbuatan mereka yang enggan menerima ajaran Islam. Fenomena jerebu merupakan peringatan Allah dan pengajaran kepada umat manusia supaya sentiasa taat kepada perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya di samping bersama-sama menjaga keharmonian dan kesejahteraan alam semesta ini. Manakala para saintis pula mendapati fenomena jerebu yang berlaku adalah berpunca daripada asap dan habuk kesan daripada aktiviti antropogen dan semula jadi serta kesannya terhadap kesihatan tubuh badan manusia yang mengakibatkan hidung berair, masalah kulit, mata terasa pedih dan berair, batuk, sakit kerongkong, kesukaran untuk bernafas dan kesakitan di bahagian dada.

Item Type:Article
Keywords:Ahli sains; Jerebu; Quran; Sains; Tafsiran
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:11531
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Apr 2018 07:54
Last Modified:10 Apr 2018 14:04

Repository Staff Only: item control page