Aplikasi hidrogel daripada selulosa bakteria (BC-g-PAA) sebagai nanoreaktor bagi menghasilkan nanozarah ferum oksida FeNps)

Mellissa Andarini, and Maryam Mokhtarom, and Bohari M. Yamin, and M. Cairul Iqbal M. Amin, and Izzati Hassan, and Azwan Mat Lazim, (2017) Aplikasi hidrogel daripada selulosa bakteria (BC-g-PAA) sebagai nanoreaktor bagi menghasilkan nanozarah ferum oksida FeNps). Sains Malaysiana, 46 (10). pp. 1789-1795. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol46num10_...

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kebolehan hidrogel daripada selulosa bakteria (BC-g-PAA) sebagai pembawa bagi menghasilkan nanozarah ferum oksida (FeNps). Hidrogel selulosa telah disintesis menggunakan kaedah pempolimeran radikal bebas. Secara umum, kaedah pempolimeran radikal bebas ialah pempolimeran berantai (pempolimeran berion), dengan monomer radikal bebas menyerang monomer lain yang ikatannya berganda sehingga membentuk rantai dan akan melebarkannya. Nanozarah ferum oksida (FeNps) telah dihasilkan melalui gabungan antara 1 × 10-4 g/mL garam ferosenium ke dalam sistem hidrogel, seterusnya agen penurun natrium oksida (NaOH) dengan kepekatan 1 M digunakan untuk mendapatkan zarah. Hidrogel di dalam larutan penimbal pada pH10 ialah yang mempunyai nisbah pembengkakan tertinggi. Keputusan FTIR menunjukkan bahawa asid akrilik (AA) berjaya dicangkukkan pada jaringan selulosa bakteria (SB). Imej hidrogel telah dicirikan melalui analisis mikroskopi elektron imbasan (SEM), diikuti oleh spektroskopi tenaga serakan X-ray (SEM-EDX) dalam penentuan peratusan elemen ferum (Fe). Nanozarah berhasil diperolah selepas hidrogel dikalsinkan, seterusnya zarah tersebut diuji melalui mikroskopi transmisi elektron (TEM) dan pembelauan sinar-X (XRD). Analisis TEM menunjukkan diameter zarah berukuran 5 - 20 nm. Keputusan XRD mengesahkan bahawa zarah yang diperoleh ialah ferum oksida (Fe3O4) yang terletak pada puncak 2θ; 32°, 35°, 49° and 54°. Semua keputusan yang diperoleh menunjukkan bahawa hidrogel berasaskan selulosa bakteria berjaya digunakan sebagai nanoreaktor untuk menghasilkan nano zarah ferum oksida (FeNps).

Item Type:Article
Keywords:Ferosenium; Hidrogel; Nanoreaktor; Selulosa bakteria (SB)
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:11537
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Apr 2018 03:32
Last Modified:10 Apr 2018 09:50

Repository Staff Only: item control page