Zainuddin N., and Ahmad Ismail, and Abdul Rahman I., and Ramli S., (2017) Kesan penambahan limonena terhadap mikroemulsi asid oleik/Cremophor rh 40/Transcutol/Air. Sains Malaysiana, 46 (10). pp. 1797-1805. ISSN 0126-6039
|
PDF
1MB |
Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol46num10_...
Abstract
Gambar rajah fasa pseudo-ternari sistem mikroemulsi asid oleik/Cremophor rh 40/Transcutol/Air diperoleh melalui pentitratan air pada nisbah surfaktan:kosurfaktan (Km) yang berbeza. Nisbah optimum bagi surfaktan/kosurfaktan adalah Km=2:1. Kesan penambahan limonena sebagai fasa minyak campuran terhadap sistem mikroemulsi diuji pada nisbah limonena:asid oleik (1:1, 2:1 dan 3:1). Penambahan limonena berupaya menghasilkan rantau mikroemulsi yang lebih besar sehingga 70%-80 % bt. air bagi kesemua nisbah limonena:asid oleik. Nisbah limonena:asid oleik (1:1) memberikan rantau mikroemulsi yang paling luas pada nisbah minyak:surfaktan/kosurfaktan (Minyak:S/KoS=1:9). Sifat isotropik mikroemulsi ditentukan dengan menggunakan mikroskopi cahaya polarasi. Mikroemulsi dibangunkan pada nisbah Km=2:1 dan Minyak:S/KoS (1:9) serta limonena:asid oleik (1:1). Kestabilan dan saiz partikel bagi sistem dikaji dan penambahan limonena didapati tidak merubah sifat serta mikro-struktur sistem mikroemulsi. Kajian konduktiviti elektrik dan kelikatan sistem menunjukkan pembentukan mikroemulsi jenis air-dalam-minyak (10% dan 20 % bt. air) dan dwiselanjar (30%-50 % bt. air). Kesemua sistem mempunyai potensi sebagai sistem penghantar bahan aktif dan menunjukkan kestabilan yang baik pada suhu 4, 25 dan 37°C dalam tempoh lebih daripada 6 bulan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Fasa mikroemulsi; Gambar rajah fasa; Limonena; Mikroemuls; Penghantar bahan aktif |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 11538 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 04 Apr 2018 03:49 |
Last Modified: | 10 Apr 2018 09:51 |
Repository Staff Only: item control page