Kesan kaedah pemendakan berbeza terhadap ciri fizikokimia dan aktiviti antioksidan alginat daripada Sargassum sp.

Lim, Sze Ling and Sharifah Habibah Syed Khalafu, and Wan Aida Wan Mustapha, and Lim, Seng Joe (2017) Kesan kaedah pemendakan berbeza terhadap ciri fizikokimia dan aktiviti antioksidan alginat daripada Sargassum sp. Sains Malaysiana, 46 (10). pp. 1807-1816. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol46num10_...

Abstract

Alginat merupakan polisakarida berstruktur anionik yang terdapat dalam matriks alga perang dan lazimnya digunakan sebagai agen penggelan, pengemulsi dan penstabil dalam industri makanan. Objektif utama kajian dijalankan adalah untuk mengenal pasti kesan kaedah pemendakan berbeza terhadap ciri fizikokimia alginat. Dalam kajian ini, alginat telah diekstrak daripada Sargassum sp. dengan menggunakan dua kaedah pemendakan yang berbeza iaitu melalui pemendakan dengan garam kalsium dan asid (sampel A) dan juga pemendakan dengan asid dan etanol (sampel B). Analisis ATR-FTIR telah mengesahkan kehadiran alginat dalam kedua-dua ekstrak Sargassum sp. Hasil pengekstrakan alginat bagi sampel A dan sampel B masing-masing adalah 28.16% dan 18.24%. Ciri fizikokimia yang diuji ialah warna, kelikatan, aktiviti penggelan dan kuasa pemerangkapan radikal bebas DPPH dan dibandingkan dengan alginat komersial (Sigma-Aldrich). Alginat yang terhasil adalah berwarna kuning kecoklatan dan mempunyai kelikatan pseudoplastik dengan penipisan ricih. Aktiviti penggelan kedua-dua sampel (A & B) adalah berbeza secara signifikan, (p<0.05) dengan alginat komersial. Kuasa pemerangkapan radikal bebas DPPH sampel A adalah lebih tinggi berbanding alginat komersial (20.10 ±3.84 & 11.89 ±3.12). Secara keseluruhan, kaedah pemendakan sampel A adalah lebih baik berbanding sampel B disebabkan oleh hasil alginat yang tinggi, aktiviti antioksidan yang tinggi dan ciri fizikokimia yang hampir setanding dengan alginat komersial.

Item Type:Article
Keywords:Alginat; Antioksidan; Fizikokimia; Kaedah pemendakan; Sargassum sp.
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:11539
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Apr 2018 04:01
Last Modified:10 Apr 2018 09:52

Repository Staff Only: item control page