Sintesis dan pencirian getah asli cecair terhidrogen untuk adunan polimer

Muhammad Jefri Mohd Yusof, and Ibrahim Abdullah, and Siti Fairus M Yusoff, (2017) Sintesis dan pencirian getah asli cecair terhidrogen untuk adunan polimer. Sains Malaysiana, 46 (10). pp. 1817-1823. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol46num10_...

Abstract

Sistem hidrazin hidrat/hidrogen peroksida (HH/H2O2) digunakan untuk menjana sumber hidrogen bagi tujuan penghidrogenan getah asli cecair (LNR) melalui penghasilan diimida. Spesies diimida yang terhasil akan membekalkan sumber hidrogen kepada ikatan karbon ganda dua dalam rantai polimer LNR. Getah asli cecair terhidrogen (HLNR) yang terhasil menunjukkan ciri lebih tahan suhu berbanding LNR. Suhu degradasi HLNR didapati meningkat pada 435°C berbanding LNR iaitu pada 381°C. HLNR seterusnya dijadikan pengserasi dalam penghasilan adunan polimer polistirena/getah asli, PS/NR/HLNR (60/35/5). Kekuatan regangan dan impak PS/NR masing-masing meningkat sebanyak 70.7% dan 149.6% setelah HLNR ditambah sebagai pengserasi dalam adunan. Beberapa pemerhatian morfologi melalui mikroskop optik dan SEM turut menyokong kesan penyerasian adunan PS/NR dengan HLNR.

Item Type:Article
Keywords:Adunan polimer; Diimida; Penghidrogenan; Pengserasi; Spektroskopi
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:11540
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Apr 2018 04:10
Last Modified:10 Apr 2018 09:54

Repository Staff Only: item control page