Variasi jumlah kandungan elektron ionosfera di Malaysia ketika solar minimum

Siti Aminah Bahari, and Mardina Abdullah, and Baharudin Yatim, (2017) Variasi jumlah kandungan elektron ionosfera di Malaysia ketika solar minimum. Sains Malaysiana, 46 (10). pp. 1987-1995. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol46num10_...

Abstract

Ionosfera merupakan satu lapisan atmosfera bumi yang mengandungi elektron bebas dan boleh memberi kesan ralat kepada perambatan gelombang elektromagnetik terutama kepada sistem kedudukan global (GPS). Kesan jumlah kandungan elektron (TEC) dan fenomena melibatkan sistem suria-magnetosfera-ionosfera-termosfera kepada isyarat satelit dan komunikasi radio sentiasa berubah. Kajian ini memfokuskan kepada perubahan TEC ketika aktiviti suria di tahap minimum. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji variasi TEC di rantau Malaysia terhadap masa harian, perubahan musim, aktiviti suria dan medan magnet bumi. Isyarat GPS yang disebarkan pada dua frekuensi jalur L1 dan L2 mengandungi data kod dan fasa membolehkan pengiraan TEC diperoleh menggunakan GPS. Data GPS pada tahun 2007 yang diperoleh daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), digunakan dalam kajian ini. Hasil kajian di Asia Tenggara menunjukkan ketika musim ekuinoks, nilai purata TEC dicatatkan tinggi iaitu 35 TEC unit (TECU) berbanding dengan nilai purata TEC pada soltis yang mencatatkan bacaan 25 TECU. Aktiviti suria didapati lebih memberi kesan kepada perubahan TEC berbanding dengan medan magnet bumi dengan faktor kolerasi antara aktiviti suria adalah lebih tinggi iaitu 0.64 berbanding dengan medan magnet bumi iaitu 0.34 sahaja. Kajian ini tertumpu ketika aktiviti suria di tahap minimum dengan keadaan medan magnet bumi secara puratanya adalah senyap. Ini seterusnya membolehkan hasil kajian ini menjadi asas kepada maklumat mengenai ionosfera di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:GPS; Ionosfera; Solar minimum
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:11559
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Apr 2018 01:22
Last Modified:10 Apr 2018 10:14

Repository Staff Only: item control page