Komunikasi berkesan dengan warga emas: dari perspektif intervensi kerja sosial

Khadijah Alavi, and Maizatul Haizan Mahbob, (2017) Komunikasi berkesan dengan warga emas: dari perspektif intervensi kerja sosial. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 33 (4). pp. 21-37. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
718kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1025

Abstract

Komunikasi adalah penting dalam menjaga perhubungan yang sejahtera terutama dalam kalangan warga emas yang tinggal di institusi, hospital dan rumah. Warga emas memerlukan perhatian yang lebih bagi membolehkan mereka yakin bahawa diri mereka dihargai oleh masyarakat. Artikel ini membolehkan pelajar kerja sosial gerontologi memahami teknik komunikasi berkesan apabila menjalankan intervensi kerja sosial individu, kumpulan dan komuniti terutama dalam mengendalikan kes dalam kalangan warga emas. Artikel ini memfokuskan kepada komunikasi interpersonal bagi memacu proses pengendalian pengurusan kes warga emas. Kemahiran komunikasi interpersonal ialah kebolehan untuk mendengar, menyampaikan secara lisan dan bukan lisan serta penulisan laporan dengan berkesan. Tujuan utama artikel ialah untuk membincangkan kebolehan komunikasi interpersonal dalam kalangan penjaga formal dan informal dengan warga emas berpandukan sorotan literatur mengenai hambatan komunikasi dalam kalangan penjaga formal dan informal serta pendekatan intervensi kerja sosial. Hasil perbincangan mendapati bahawa terdapat hambatan komunikasi dalam kalangan warga emas yang berpunca daripada perubahan umur penuaan, perubahan akibat penyakit dan ketidakupayaan serta faktor persekitaran. Intervensi amalan kerja sosial memberi impak berkesan dalam usaha menangani hambatan komunikasi interpersonal dalam kalangan penjaga formal dan informal dengan warga emas yang bermasalah. Implikasi kajian sekunder ini mencadangkan lebih banyak kajian komunikasi interpersonal perlu dijalankan di Malaysia bagi meningkatkan kemahiran komunikasi bagi penjaga formal dan informal ke atas warga emas. Ini memberi pengaruh yang kuat dalam membantu meningkatkan kesejahteraan hidup warga emas di hospital, institusi dan komuniti.

Item Type:Article
Keywords:Komunikasi interpersonal; Intervensi kerja sosial; Penjaga informal dan formal; Hambatan komunikasi; Warga emas
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:11594
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 Apr 2018 01:40
Last Modified:30 Apr 2018 00:37

Repository Staff Only: item control page