Kesan kekangan kewangan dan gelagat eksport ke atas produktiviti firma di Malaysia

Mohd Adib Ismail, and Nurul Mawaddah Md Salim, (2017) Kesan kekangan kewangan dan gelagat eksport ke atas produktiviti firma di Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia, 51 (2). pp. 1-15. ISSN 0127-1962

[img]
Preview
PDF
622kB

Official URL: http://www.ukm.my/fep/jem/content/2017-2.html

Abstract

Firma memasuki pasaran antarabangsa untuk meluaskan pasaran bagi produk mereka. Untuk itu, mereka memerlukan pembiayaan yang mencukupi. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kesan kekangan kewangan dan gelagat mengeksport terhadap produktiviti firma di Malaysia dari tahun 2000 hingga 2015. Firma yang dipilih adalah firma yang tersenarai di Bursa Malaysia. Kaedah penganggaran kaedah momen teritlak (GMM) telah diaplikasikan bagi menganalisisdata kajian. Keputusan kajian secara umumnya menunjukkan faktor kewangan dalaman memainkan peranan yang amat penting dalam mempengaruhi produktiviti firma di Malaysia. Selain itu, faktor saiz, umur firma, tahap keumpilan dan tingkat produktiviti terdahulu juga mempengaruhi tingkat produktiviti semasa. Manakala, analisis subsampel menunjukkan firma pengeksport sangat bergantung kepada pembiayaan dalaman. Namun, faedah daripada eksport mengurangkan kebergantungan peningkatan produktiviti ke atas kewangan dalaman. Dapatan ini menunjukkan kepentingan eksport dalam mengurangkan pengaruh kekangan kewangan ke atas produktiviti. Implikasinya, dasar kerajaan yang memudahkan aktiviti eksport dapat memastikan peningkatan produktiviti yang berterusan di kalangan firma serta meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

Item Type:Article
Keywords:Kekangan kewangan; Eksport; Produktiviti
Journal:Jurnal Ekonomi Malaysia
ID Code:11609
Deposited By: ms aida -
Deposited On:24 Apr 2018 01:08
Last Modified:24 Apr 2018 01:08

Repository Staff Only: item control page