Prestasi kecekapan pengurusan kewangan dan agihan zakat: perbandingan antara Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia

Hairunnizam Wahid, and Sanep Ahmad, and Mohd Ali Mohd Nor, and Maryam Abd Rashid, (2017) Prestasi kecekapan pengurusan kewangan dan agihan zakat: perbandingan antara Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia, 51 (2). pp. 39-54. ISSN 0127-1962

[img]
Preview
PDF
752kB

Official URL: http://www.ukm.my/fep/jem/content/2017-2.html

Abstract

Kajian perbandingan pengukuran kecekapan pengurusan kewangan institusi Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dengan prestasi agihan kewangan dan bukan kewangan di antara institusi zakat boleh membuka ruang untuk meningkatkan mutu agihan institusi zakat. Pengurusan kewangan sesebuah organisasi adalah penting untuk memastikan institusi tersebut dapat mencapai matlamat yang telah ditentukan. Hal ini kerana masih wujud tanggapan negatif ketidakcekapan agihan institusi zakat dan ia merupakan antara salah satu punca yang telah menjejaskan tahap keyakinan masyarakat Islam untuk menjalankan kewajipan membayar zakat kepada institusi zakat. Ketidakcekapan agihan tersebut boleh dilihat melalui lebihan zakat yang tidak diagihkan dan kegagalan institusi zakat mengagihkan zakat kepada kelapan-lapan golongan asnaf dan tidak mengikut keutamaan asnaf. Persoalannya adakah wujud hubungan antara prestasi pengurusan kewangan dan prestasi pengagihan zakat. Kajian telah mengkategorikan prestasi pengurusan kewangan kepada tiga (3) bahagian iaitu kecairan, kesolvenan dan keuntungan; manakala aspek prestasi kecekapan agihan institusi zakat pula terbahagi kepada dua (2) bahagian iaitu kecekapan agihan berbentuk kewangan (lebihan zakat tahunan) dan bukan kewangan (keutamaan asnaf). Kajian ini juga mengkaji corak agihan zakat kepada setiap asnaf sebagai satu tambahan pengukuran prestasi agihan zakat. Data sekunder terdiri daripada laporan tahunan MAIN telah dianalisis bermula tahun 2000 hingga 2013. Kajian ini mengkaji lima institusi MAIN iaitu Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang mewakili institusi yang telah mengkorporatkan kutipan dan agihan zakat; dan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) yang mewakili negeri yang tidak mengkorporatkan kutipan dan agihan zakat. Hasil kajian mendapati secara umumnya wujud hubungan yang sepadan antara prestasi pengurusan kewangan MAIN dengan prestasi pengagihan zakat dalam aspek agihan kewangan dan bukan kewangan. Hasil kajian juga mendapati corak agihan zakat oleh institusi korporat adalah berbeza dengan corak agihan zakat oleh institusi yang tidak korporat pengurusan zakat. Beberapa cadangan dan implikasi dasar turut dicadangkan dalam kajian ini.

Item Type:Article
Keywords:Majlis Agama Islam Negeri; Prestasi kecekapan pengurusan kewangan; Kecekapan agihan zakat
Journal:Jurnal Ekonomi Malaysia
ID Code:11612
Deposited By: ms aida -
Deposited On:24 Apr 2018 02:55
Last Modified:30 Apr 2018 00:46

Repository Staff Only: item control page