Mohd Fairuz Md. Salleh, and Wan Sallha Yusoff, (2017) Kesan geopolitik institusi multilateral dan pelaburan langsung asing Malaysia ke luar negara. Jurnal Ekonomi Malaysia, 51 (2). pp. 87-95. ISSN 0127-1962
|
PDF
591kB |
Official URL: http://www.ukm.my/fep/jem/content/2017-2.html
Abstract
Kajian ini menganalisis kesan geopolitik institusi multilateral ke atas pelaburan langsung asing Malaysia ke luar negara (DIA). Data kajian berbentuk siri selari bermula pada tahun 1998 sehingga 2015. Institusi multilateral difokuskan kepada institusi multilateral G7, BRICS dan ASEAN sahaja. Metodologi kajian adalah berdasarkan kepada analisis kesan geopolitik secara meta-geografi iaitu dengan mengambil kira pengaruh geopolitik negara-negara keanggotaan G7, BRICS dan ASEAN secara pemilikan kuasa ketenteraan dan kuasa lembut. Aliran keluar pelaburan langsung asing digunakan sebagai pengukuran DIA. Analisis statistik kajian adalah berpandukan prosedur analisis deskripsi, ‘principle component analysis’ dan analisis regresi ‘least square & ARMA’. Hasil kajian menunjukkan bahawa wujudnya hubungan secara langsung antara kesan geopolitik institusi multilateral G7 dan BRICS ke atas kadar DIA di Malaysia. Walau bagaimanapun, hanya kuasa lembut BRICS dan G7 berhubung secara negatif dengan kadar DIA di Malaysia. Berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh, kajian ini mencadangkan bahawa dalam usaha menembusi pasaran global firma MNC di Malaysia perlu mengambil kira peluang dan risiko kuasa lembut yang dimiliki oleh institusi multilateral G7, BRICS dan ASEAN bagi meningkatkan kadar DIA negara.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Geopolitik; Aliran keluar FDI; G7; BRICS; ASEAN |
Journal: | Jurnal Ekonomi Malaysia |
ID Code: | 11615 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 24 Apr 2018 04:25 |
Last Modified: | 30 Apr 2018 00:59 |
Repository Staff Only: item control page