Azlina Mohd Sera'ai, and Idris Aman, and Maserah Shabudin, (2017) Penguasaan ciri aliran tematik penulisan Bahasa Sepanyol bukan natif. GEMA: Online Journal of Language Studies, 17 (2). pp. 84-104. ISSN 1675-8021
|
PDF
351kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/967
Abstract
Aliran tematik adalah berkenaan cara idea dilanjutkan ayat demi ayat dalam teks. Dengan itu, aliran tematik merupakan unsur penting dalam penghasilan sesebuah penulisan. Kajian penulisan tertumpu kepada kajian linguistik, pembelajaran dan pengajaran dan eksperimental benar. Namun, kajian linguistik yang memfokuskan aliran tematik hanya mengkaji pembinaan aliran tematik yang terkandung dalam teks tanpa melibatkan pembolehubah kategori pelajar, manakala kajian penghasilan teks sebagai bahasa asing selain bahasa Inggeris amat terhad dan tidak membincangkan hubungan antara pencapaian bahasa dengan pemanfaatan jenis aliran tematik. Maka, makalah ini membahaskan penguasaan ciri aliran tematik penulisan naratif yang dihasilkan oleh pelajar tahap lanjutan bahasa Sepanyol bukan natif berdasarkan pembolehubah kategori pelajar dan mengenal pasti hubungannya dengan pencapaian bahasa. Kajian ini menganalisis 30 teks naratif yang melibatkan 106 buah perenggan. Pergerakan aliran tematik dalam setiap perenggan dianalisis berpandukan skema aliran tematik, Rema Regresi, Rema Ulangan, Tema Rencam, Box Development dan Pair to Single Development. Hasil kajian memaparkan, ketiga-tiga kategori pelajar mewacanakan penulisan secara dominan menerusi aliran Tema Rencam tanpa peka kepada genre penulisan. Pembolehubah kategori pelajar secara hakikatnya tidak memainkan peranan dan tidak mempengaruhi pembinaan aliran tematik mereka. Tiada hubungan yang signifikan antara aliran tematik dengan pencapaian bahasa diperolehi. Hasil penemuan ini membuktikan aliran tematik berupaya dijadikan sebagai satu teknik yang efektif kepada guru dan pelajar untuk membentuk dan membina sebuah penulisan yang berkesinambungan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Aliran tematik; Penulisan; Bahasa Sepanyol; Tema dan rema; Hubungan |
Journal: | GEMA ; Online Journal of Language Studies |
ID Code: | 11629 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 03 May 2018 04:18 |
Last Modified: | 06 May 2018 13:46 |
Repository Staff Only: item control page