Siti Nor Azhani Mohd Tohar, and Adlina Ab Halim, and Ku Hasnita Ku Samsu, (2017) Pengukuran tahap pemartabatan bahasa kebangsaan dalam kalangan mahasiswa institusi pengajian tinggi. GEMA: Online Journal of Language Studies, 17 (2). pp. 105-122. ISSN 1675-8021
|
PDF
260kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/967
Abstract
Peranan utama bahasa dalam masyarakat multietnik ialah sebagai alat perpaduan yang menyatukan masyarakat pelbagai bangsa dalam perkongsian pemikiran, pandangan semesta dan budaya berteraskan identiti kebangsaan negara. Namun, isu pemartabatan bahasa kebangsaan di Malaysia masih berterusan sehingga kini sama ada di peringkat pembuat dasar sehingga rakyat jelata. Oleh yang demikian, menjadi satu keperluan untuk mengenal pasti tahap pemartabatan bahasa kebangsaan dalam senario masa kini melalui tiga aspek, iaitu i) kefasihan, ii) pengiktirafan, dan iii) kecanggihan berbahasa. Justeru, satu kajian telah dijalankan ke atas 407 mahasiswa Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Selangor (UNISEL) dan Universiti Multimedia (MMU) dengan menggunakan kaedah Pensampelan Rawak Berstrata. Hasil penganalisisan mendapati bahawa tahap kefasihan dan pengiktirafan mahasiswa IPT adalah tinggi. Namun, tahap kecanggihan mereka berbahasa adalah sederhana. Malahan, tahap keseluruhan pemartabatan bahasa kebangsaan turut sederhana. Justeru, walaupun mahasiswa IPT fasih dan mengiktiraf bahasa kebangsaan namun tahap kefasihan dan pengiktirafan ini tidak terlalu tinggi. Malahan mereka juga belum sepenuhnya menguasai kemahiran bersajak, berpantun dan menggunakan peribahasa sebagai tanda aras mereka berbahasa dengan canggih. Implikasinya, setelah hampir enam dekad penggubalan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di dalam Perlembagaan Persekutuan, bahasa ini masih belum mencapai tahap pemartabatan bahasa yang bukan hanya sekadar fasih dipertuturkan serta mengiktiraf bahasa ini sebagai bahasa kebangsaan, namun seharusnya mampu menambah nilai estetika keindahan berbahasa yang dapat memperlihatkan bahawa bahasa ini memiliki ketinggian martabatnya yang tersendiri. Justeru, senario pemartabatan bahasa kebangsaan dalam kalangan mahasiswa IPT ini tidak boleh dipandang enteng kerana generasi ini dapat menentukan corak kestabilan hubungan sosial dan kelangsungan pemartabatan bahasa kebangsaan dalam ketamadunan Malaysia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Bahasa kebangsaan; Multietnik; Tamadun Malaysia; Generasi muda; Perpaduan |
Journal: | GEMA ; Online Journal of Language Studies |
ID Code: | 11630 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 03 May 2018 04:41 |
Last Modified: | 06 May 2018 13:48 |
Repository Staff Only: item control page