Morfosintaksis dialek Negeri Sembilan dan dialek Minangkabau

Mohammad Fadzeli Jaafar, and Idris Aman, and Norsimah Mat Awal, (2017) Morfosintaksis dialek Negeri Sembilan dan dialek Minangkabau. GEMA: Online Journal of Language Studies, 17 (2). pp. 177-191. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
229kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/967

Abstract

Terdapat kajian yang memperlihatkan persamaan di antara dialek Negeri Sembilan dengan dialek Minangkabau, misalnya sistem fonologi dan kata sapaan. Bagaimanapun, makalah ini adalah percubaan untuk membandingkan morfosintaksis kedua-dua dialek tersebut. Kajian ini mengandaikan bahawa hampir tiada kajian tentang morfosintaksis dilakukan untuk kedua-dua dialek berkenaan. Matlamat makalah ini adalah untuk membandingkan kategori gramatikal dialek Negeri Sembilan dan Minangkabau. Dalam kajian ini, aspek gramatikal terdiri dari morfologi dan sintaksis. Aspek morfologi tertumpu pada pengimbuhan dan kata penentu. Dan, aspek sintaksis tertumpu pada kata milik, kata ganti nama dan kata bantu. Kajian ini dijalankan di Bukit Tinggi dan Paya Kumbuh di Indonesia; dan daerah Rembau dan Kuala Pilah di Negeri Sembilan. Sampel kajian berdasarkan rakaman interviu yang dilakukan di kawasan kajian. Sampel perbualan terdiri dari 15 informan, yang mewakili kedua-dua dialek kajian. Data telah ditranskripsi oleh pembantu penyelidik, yang merupakan penutur natif kedua-dua dialek. Data kajian juga telah diuji untuk mendapatkan keaslian dan pengesahan, khususnya ejaan dan struktur. Penemuan utama kajian mendapati bahawa penggunaan awalan kata nama (perosak - parusak, kesudahannya - kasudahannyo, sesudah - sasudah), kata kerja (terjatuh – tajatuh, bersatu-basatu/bertigo-batigo, menyapu - manyapu), apitan (meN-,,,-kan, misalnya mambarasiahan membersihkan), dan kata milik (punya, misalnya ‘Den punyo kodai’ – ‘Ambo punyo’/ ‘Punyo ambo)) dalam dialek Negeri Sembilan berbeza daripada dialek Minangkabau. Namun begitu, persamaan kedua-dua dialek ditemui pada penggunaan kata ganti nama (den, awak) dan kata bantu aspek (sudah/bona, hendak, mau). Sebagai rumusannya, kajian ini mendapati bahawa dialek Negeri Sembilan dan dialek Minangkabau berbeza dari segi bunyi dan leksikal, tetapi tidak berbeza dari aspek sistem tatabahasa. Kajian ini menyumbang pemahaman dalam kategori gramatikal tentang dua dialek yang mempunyai persamaan dari segi bahasa dan budaya.

Item Type:Article
Keywords:Morfosintaksis; Gramatikal; Aspek sintaksis; Aspek morfologi; Dialek Negeri Sembilan; Dialek Minangkabau
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:11634
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 May 2018 06:50
Last Modified:06 May 2018 13:54

Repository Staff Only: item control page