Asimilasi homorganik nasal dialek Melayu Saribas

Noor Azureen Hamid @ Ahmed, and Sharifah Raihan Syed Jaafar, (2017) Asimilasi homorganik nasal dialek Melayu Saribas. GEMA: Online Journal of Language Studies, 17 (2). pp. 192-218. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
366kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/967

Abstract

Dialek Melayu Saribas merupakan salah satu sub dialek utama dialek Melayu Sarawak yang dipertuturkan di Malaysia timur. Dialek Melayu Saribas memperlihatkan tingkah laku fonologi yang agak berbeza berbanding dialek-dialek Melayu di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk menghuraikan asimilasi homorganik nasal di sempadan awalan dialek Melayu Saribas. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan mengaplikasikan kaedah-kaedah dalam kajian lapangan, iaitu kaedah senarai kata, temu bual dan rakaman audio. Pengumpulan data linguistik dialek Melayu Saribas diperoleh daripada sepuluh orang penutur asli dialek Melayu Saribas di Saratok, Sarawak. Data linguistik dialek Melayu Saribas dianalisis berlandaskan geometri fitur Halle (1995). Dapatan kajian mendapati imbuhan awalan dialek Melayu Saribas ialah nasal velar /ŋ/. Imbuhan awalan /ŋ/ sentiasa berasimilasi dengan konsonan obstruen dan likuida kata akar yang mengikutinya untuk membentuk asimilasi homorganik nasal. Data dialek Melayu Saribas menggambarkan dua perilaku asimilasi homorganik nasal di sempadan awalan, iaitu asimilasi separa dan asimilasi total. Asimilasi homorganik nasal menyebabkan segmen bersebelahan berkongsi titik artikulasi yang sama. Interaksi fonologi ini menggambarkan asimilasi homorganik nasal adalah bersifat sensitif kepada penyebaran fitur, iaitu kecenderungan segmen untuk menguasai segmen bersebelahan dengan menyebarkan fiturnya dan membentuk segmen yang mempunyai identiti yang serupa dengannya. Penelitian asimilasi homorganik nasal dalam dialek Melayu Saribas memberikan implikasi sebagai nilai tambah kepada kajian terdahulu selain sebagai perintis ke arah pembangunan penyelidikan ilmiah yang lebih praktikal dan komprehensif.

Item Type:Article
Keywords:Asimilasi homorganik nasal; Konsonan nasal velar; Sempadan awalan; Fitur distingtif; Geometri fitur
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:11635
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 May 2018 06:57
Last Modified:06 May 2018 13:55

Repository Staff Only: item control page