Varian Dialek Melayu Tioman-Aur-Pemanggil: analisis linguistik bandingan

Norfazila Ab. Hamid, and Rahim Aman, and Shahidi A.H., (2017) Varian Dialek Melayu Tioman-Aur-Pemanggil: analisis linguistik bandingan. GEMA ; Online Journal of Language Studies, 17 (2). pp. 219-244. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
431kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/967

Abstract

Kajian tanah air umat Melayu (bangsa Austranesia) tidak pernah berhenti dibincangkan baik oleh ilmuan dalam bidang kebudayaan mahu pun linguistik. Ada yang mengatakan bahawa umat Melayu ini berasal daripada China dan Taiwan, dan ada yang mengatakan mereka tidak berasal daripada mana-mana, dan wilayah Nusantara inilah merupakan tanah air mereka. Berlandaskan pernyataan di atas, maka pengkaji berpendapat bahawa masih ada jaringan dialek Melayu yang belum dikaji dengan tuntas. Oleh itu, kajian ini memfokuskan ke atas keberadaan dialek Melayu di wilayah Barat Daya Laut China Selatan, iaitu mencakupi Pulau Tioman-Aur-Pemanggil. Kajian ini adalah salah satu usaha untuk membincang status inovasi bersama yang wujud dalam ragam di Tioman-Aur-Pemanggil. Perbincangan berkaitan inovasi bersama dialek Pulau Tioman-Aur-Pemanggil ini menggunakan kaedah perbandingan kualitatif. Bagi memperoleh ciri inovasi bersama, perbandingan fonem vokal, diftong dan konsonan dilakukan antara bahasa Melayik Purba dengan dialek Pulau Tioman-Aur-Pemanggil. Hasil perbandingan memperlihatkan adanya ciri inovasi dan retensi yang diturunkan dalam dialek Pulau Tioman-Aur-Pemanggil dalam varian semasa iaitu Tekek, Juara dan Salang. Sehubungan itu, dengan adanya data linguistik ini, memperlihatkan bahawa, umat Melayu atau bangsa Austronesia sebenarnya telah lama menjadikan wilayah Nusantara ini sebagai wilayah hunian mereka. Justeru, tanggapan tokoh-tokoh linguistik Barat yang mengatakan bangsa ini produk dari utara (China dan Taiwan) sama sekali tidak benar.

Item Type:Article
Keywords:Kaedah perbandingan; Perbandingan kualitatif; Vokal; Diftong; Konsonan
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:11636
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 May 2018 07:09
Last Modified:08 May 2018 01:02

Repository Staff Only: item control page